berita

‘Eh Bodoh, Rumah Dia Baru Kena Bom Tau’ – Hazeman Huzir Berang Dengan Netizen Di TikTok

November 2nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Hazeman Huzair Berang Dengan Netizen TikTok

Personaliti televisyen, Hazeman Huzir meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir wanita yang meninggalkan komen tidak senonoh dan tidak masuk akal sewaktu dirinya melakukan sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Apakah Perbezaan Anda Dengan Firaun’- Hazeman Huzir ‘Dakwahkan’ Penyanyi Baru

‘Rumah dia baru kena bom tau’

@hazemanhuzirMerenyam tak kena tempat budak zaman sekarang ni.? original sound – Hazeman Huzir

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Hazeman atau lebih mesra disapa Haze itu berkongsi rakaman video memaparkan dirinya sedang melakukan sesi siaran langsung bersama seorang lelaki warganegara Palestin, Yousuf Hamis Abu A’ssi.

Haze kemudiannya dilihat memberhentikan seketika sesi temu bual itu tatkala terbaca komen yang ditinggalkan oleh segelintir wargamaya.

Kejap ya, yang komen bukan-bukan dekat bawah ni korang kenapa?

Bodoh mana yang tinggalkan komen, ‘Eh handsomenya Yousuf ni’, ‘Eh Yousuf ni handsomelah’. Apa benda korang ni?

Aku berborak benda yang serius tau tapi korang tinggalkan komen macam tu. Eh bodoh dia punya rumah baru kena bom tau, tak sensitif langsung korang ni.

Difahamkan, Hazeman melakukan sesi siaran langsung itu bagi membincangkan keadaan terkini yang berlaku di Palestin memandangkan Yousuf merupakan anak kelahiran Gaza yang kini menetap di Malaysia bagi menyambung pelajarannya.

Respon netizen

Hazeman Huzair Berang Dengan Netizen TikTok

Hazeman Huzair Berang Dengan Netizen TikTok

Hazeman Huzair Berang Dengan Netizen TikTok

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Haze yang memarahi segelintir wanita yang meninggalkan komen sedemikian.

Mereka juga berpendapat sebagai seorang wanita, tidak patut untuk mereka menonjolkan sikap yang sebegitu lebih-lebih lagi terhadap isu yang sensitif seperti ini.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×