![[VIDEO] Hazwani Helmi Kongsi Persiapan Awal Sebelum Ramadan – ‘Berazam Untuk Buat Yang Terbaik Bagi Ramadan Kali Ini’](https://asset.ohbulan.com/2026/02/hazwani-helmi-4.jpg)
Aktivis kemanusiaan dan juga pelakon, Hazwani Helmi berkongsi persiapan awal bagi umat Islam sebelum menjelang bulan Ramadan.
Artikel Berkaitan: Hazwani Helmi Kecewa Tak Ramai Sokong Filem ‘The Voice of Hind Rajab’ – ‘Penduduk Muslim Di Sini Ada 29.1 Juta’
Artikel Berkaitan: Jangan Terlepas Malam Mustajab Doa, Hazwani Helmi Kongsi Manisnya Ibadah Di Bulan Rejab
Persiapan awal Ramadan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Hazwani atau nama lengkapnya Nur Hazwani Afiqah Helmi dilihat bertanyakan kepada Ustaz Syahmi mengenai persiapan untuk menyambut bulan Ramadan.
Menurut Ustaz Syahmi, umat Islam disarankan mencari doa-doa daripada al-Quran dan hadis untuk dipratikkan sepanjang bulan Ramadan.
Secara ringkas, antara persiapan yang kita boleh lakukan untuk masuk Ramadan ialah banyakkan meneliti dan cari doa-doa yang baik daripada al-Quran dan hadis.
Ramadan juga dikenali sebagai bulan yang kita kena perbanyakkan berdoa kepada Allah.
Bayangkan peperangan Badar yang serba serbi tak cukup, tapi segala berubah apabila Allah permudahkan kemenangan kepada tentera Badar dengan kuasa doa.
Kisah ini dirakamkan dalam surah An-Anfal ayat yang kesembilan.
Jadi, carilah doa-doa untuk dibacakan di dalam bulan Ramadan.
Dalam pada itu, adik kepada selebriti Heliza Helmi turut mengajak orang ramai mengumpul doa daripada sekarang agar dapat diamalkan sebelum berbuka dan semasa bersahur.
Dah boleh kumpul stok doa dari Quran sekarang untuk kita amalkan waktu sebelum berbuka dan waktu sahur.
Jom rancang sekarang, dan berazam sungguh-sungguh untuk buat yang terbaik bagi Ramadan kali ini.
Sumber: TikTok @Hazwani Afiqah Helmi