Seorang lelaki dibelasah teruk orang awam kerana dipercayai meragut beg tangan seorang wanita. Kejadian berlaku di Mount Austin, Johor Bahru ketika mangsa berjalan melintas jalan. Suspek yang membonceng motosikal itu secara tiba-tiba datang dan ragut beg mangsa, tetapi diselamatkan ‘flying kick’ Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
Ragut beg wanita
Perkongsian video CCTV dan rakaman dari orang awam yang dikongsikan melalui Facebook Info Roadblock JPJ/ Polis ini menyaksikan suspek cuba meragut beg tangan mangsa namun gagal apabila seorang pegawai MBJB datang menyelamatkan mangsa. Pegawai tersebut telah berlari ke lokasi kejadian dan ‘flying kick’ ke arah suspek, sebelum suspek lelaki itu jatuh dari motosikal.
Peragut diikat
Susulan insiden tersebut, kelihatan orang awam yang berada berhampiran lokasi itu bergegas dan bertindak memukul suspek. Dipercayai, mereka bertindak mengikat tangan suspek dengan seutas tali dan memegang anggota badannya supaya suspek gagal melepaskan diri.
Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis