Pelakon kacak, Hun Haqeem menyorot perhatian dan meraih pujian ramai menerusi satu video yang tular di TikTok.

Artikel Berkaitan: Harga Makin Mahal Selepas Menang ABP? Hun Haqeem Jawab – ‘Saya Akan Pastikan Lakonan Berbaloi Dengan Bayaran’

Hun tegur aurat peminat

@ismallyana_nadhierah Once being a protective guy,always will be my hero @HunHaqeem thank you ? #hunhaqeem #bloodbrothers #fyp #foryourpage ? original sound – ????? ?????? ?

Menerusi perkongsian dibuat @ismallyana_nadhierah, kelihatan wanita itu sedang teruja untuk bergambar bersama Hun Haqeem.

Apa yang mencuri perhatian ialah, sewaktu mereka bersiap sedia untuk bergambar bersama, Hun dilihat menegur aurat Ismallyana yang sedikit terdedah di bahagian leher.

Di ruangan kapsyen, wanita itu menitipkan ucapan terima kasih kepada Hun atas teguran yang diberikan.

Seorang lelaki yang protektif dan akan selalu menjadi hero saya, terima kasih Hun Haqeem.

Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan meraih lebih 678,000 tontonan dan lebih 40,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Hun yang begitu prihatin akan aurat peminat wanitanya.

Komen netizen

Sumber: TikTok