![[VIDEO] Ibu Berang Ustazah Jemur Anak Tengah Panas, Dekat Rumah Pasang ‘Aircond’ 24 Jam – ‘Akal Ada, Tak Guna Ke?’](https://media.ohbulan.com/2023/05/budak-dijemur-tengah-panas-2.jpg)

Cuaca yang panas semestinya menjadi satu kebimbangan buat ibu bapa. Kementerian Pendidikan (KPM) juga memberi peringatan agar sekolah tidak melakukan sebarang aktiviti di luar.
Begitulah kisah seorang ibu yang berang dengan sikap ustazah yang menjemur anaknya di tapak perhimpunan sekolah.
Artikel Berkaitan: Lagi Kes Disyaki Strok Haba, Kali Ini Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Perempuan Usia Setahun Maut Akibat Strok Haba – ‘Air Dalam Badan Semua Kering’
‘Rumah aku 24 jam aircond’
Sekadar gambar hiasan
Menerusi video di TikTok, seorang ibu kepada anak yang berusia 7 tahun mendakwa anaknya dijemur dan dipulaukan hanya kerana lewat 10 minit ke sekolah.
Apa yang membuatkan dirinya lebih marah apabila tindakan ustazah itu yang tidak menghiraukan isu strok haba dan langsung tidak memberi muka kepada pelajar tahun 1.
Dipulaukan dan diasingkan berdiri jauh dari perhimpunan pelajar-pelajar lain. Anak aku sorang-sorang. Bawah panas terik jam 2 petang sedangkan ustazah itu duduk berteduh bawah koridor.
Waktu pembelajaran masih belum bermula. Semua pelajar belum lagi masuk ke bilik darjah. Agak-agak la kalau nak denda pun. Musim panas kematian akibat strok haba pun dah banyak kes sekarang.
Depan-depan mata aku pulak anak dijemur macam tu, kat rumah aku aircond 24 jam terpasang, kau pandai-pandai sidai anak aku tengah panas.
Tambahnya, dia mempunyai alasan tersendiri kerana lambat hantar anaknya ke sekolah ketika itu. Walau bagaimanapun, seorang tenaga pelajar tidak seharusnya sanggup melakukan hal sedemikan pada anak murid.
https://www.tiktok.com/@dvafella/video/7231106098726522130
Bahaya ustazah oi



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berang dengan tindakan ustazah yang sebegitu. Selain itu, terdapat juga komen daripada kalangan netizen yang bersetuju dengan pendapat ibu berkenaan dan meminta untuk tenaga pelajar menggunakan cara denda yang lain.
Sumber: TikTok @dvafella










