![[VIDEO] Ikmal Amry Dedah Momen Awal Percintaan, Terpikat Dengan Gelak Tawa Isteri](https://asset.ohbulan.com/2026/05/najla-ikmal.jpg)
Pelakon Ikmal Amry mendedahkan ciri-ciri isterinya, Najla Shamsul yang membuatkan dirinya jatuh cinta.
Artikel Berkaitan: Ikmal Amry Imbas Pengalaman Pernah Dicabul – ‘Dia Pusingkan Muka Saya, Nak Cium & Pegang Bawah’
Artikel Berkaitan: Ikmal Amry Tak Kejar Populariti, Hanya Percaya Pada Rezeki – ‘Kalau Risau Nama Turun Naik, Saya Tak Kahwin Awal’
Jatuh cinta dengan gelak isteri
Menerusi pendedahan dalam podcast Sembang Seram, Ikmal, 32, mengakui dia kagum dengan sifat Najla yang tetap bersamanya walaupun pada awal perkenalan dia dikatakan tidak berkemampuan.
Kongsi Ikmal, dia pernah dijemput oleh Najla dari rumah dan turut dibelanja makan, memandangkan ketika itu dia masih baharu dalam dunia lakonan.
Awal bercinta, aku tiada kereta. Dia ambil aku.
Pada aku, itu hebat sebab dia tahu aku tiada apa-apa melainkan rupa dan nama yang baru nak naik ketika itu.
Kalau perempuan lain mesti tak mahu.
Dia ambil aku dan bawa pergi satu kafe kesukaan dia. Dia belanja sebab aku tiada duit.
Berkongsi lebih lanjut, Ikmal mengakui hatinya mula terpikat dengan tawa isterinya yang disifatkan natural dan penuh keikhlasan.
Bermula dari situ, Ikmal mula rasa lebih selesa untuk saling mengenali antara satu sama lain, lebih-lebih lagi apabila sikapnya dikatakan sekufu dengan teman wanitanya yang kini sudah bergelar isteri.
Selain daripada sebab ini, aku jatuh cinta sebab dia punya gelak. Masa kami dalam kereta, dia terlanggar cermin sisi kereta lain.
Kalau perempuan lain, dah panik kan. Tapi dia gelak. Daripada situ, aku rasa gelak dia sangat comel. Aku sangat suka.
Selain itu, aku suka taste muzik dia. Mula-mula aku ingat dia suka lagi mat salleh. Rupanya sama jiwa dengan aku.
Sumber: TikTok @sembangseram