berita

[VIDEO] Impian Masa Kecil Tercapai, Mark Adam Surprise Hadiah Banglo Buat Ibu

September 2nd, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Impian penyanyi kelahiran Filipina, Mark Adam untuk memberikan keselesaan kepada keluarganya sejak 23 tahun lalu akhirnya tercapai apabila dia menghadiahkan sebuah rumah banglo kepada ibunya di Cebu, Filipina.

Menerusi Instagram Mark Adam, dia memuat naik video kejutan yang dilakukannya bersama isteri, buat ibu tercinta. Melalui video tersebut, mata ibunya ditutup sebelum di bawa masuk ke kediaman baru itu. Sebaknya!

Membalas jasa dan pengorbanan ibu

https://www.instagram.com/p/B13TJlIF2LG/

Video berdurasi 0:59 minit itu menyaksikan penyanyi itu membawa ibunya, Florenda Macaraig Echivarre, 61 tahun, menaiki sebuah motorsikal sambil mata ditutup untuk sampai ke lokasi rumah baru tersebut. Menurutnya, rumah baru itu tidak jauh dari rumah sewa ibunya sekarang. Tambahnya, hadiah istimewa itu sebagai tanda seorang anak membalas jasa dan pengorbanan ibunya selama ini.

Perjalanan sebuah televisyen

https://www.instagram.com/p/B1tokBHlgak/

Beberapa hari lalu, Mark telah membuat satu lagi kejutan buat ibunya dengan menerbangkan sebuah televisyen bersaiz 65 inci ke kampung halamanya. Menurutnya, isterinya merupakan individu yang memastikan kesemua kejutan yang dilakukan itu berjaya.

Sebelum ini, umum mengetahui bahawa Mark pernah berkongsi mengenai kehidupan keluarganya yang daif di Filipina sehinggakan adik beradiknya yang lain terpaksa hidup di dalam rumah yang sempit. Ternyata kejutan menghadiahkan rumah baru itu membuatkan netizen turut sebak dan mengucapkan tahniah kepada dirinya.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen memuji sikap Mark sebagai seorang anak. Menurut netizen, Mark seorang anak yang bertanggungjawab dan sangat menyayangi keluarga.

Sumber: Mark Adam

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×