berita

Mark Adam Sah Bergelar Penyampai Radio Hot FM, Confirm Bertambah Riuhlah Pagi Korang!

February 15th, 2021 | by Shahira
Shout Out!

Setelah berminggu berteka-teki siapakah pengganti Shuib, hari ini segalanya terjawab selepas pelakon dan penyanyi terkenal iaitu Mark Adam diumumkan sebagai penyampai radio Hot FM. Gabungan mantap Fizie dan Mark Adam dalam segmen Geng Pagi Hot sudah semestinya mampu membuatkan pagi anda ceria dan penuh dengan gelak tawa.

Jalani latihan selama 3 minggu

Hampir sebulan tidak ke udara di segmen GPH, Fizie mengakui sangat rindu untuk menemani para pendegar setia Hot FM. Tambahnya lagi, dia mengakui sangat teruja dan tidak sabar untuk kembali ke udara bersama penyampai baharu, Mark Adam.

Dia yakin dengan karakter lucu dan bersahaja yang dimiliki Mark Adam sememangnya akan menggamatkan lagi suasana pagi para pendengar GPH.

Sejak 3 minggu lepas, saya menjalani sesi latihan bersama dengan Mark dan pihak pengurusan bagi memastikan segmen GPH berjalan seperti yang dirancang.

Cabaran baru buat Mark Adam

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM ?? (@hotfm976)


Sementara itu, Mark Adam mengakui menerima tawaran sebagai penyampai radio ini sekaligus membuatkan dia dapat mencuba sesuatu perkara yang baru selain menggunakan peluang ini untuk memperbaiki pertuturannya dalam Bahasa Melayu. Tambah Mark lagi, sepanjang sebulan menjalani latihan, dia telah menerima banyak idea untuk mempersiapkan diri sebagai seorang penyampai radio.

Kerjaya saya terus berubah 360 darjah. Semasa ditawarkan untuk menjadi penyampai di Hot FM, saya fikir banyak kali sebab ini bukan saja kerjaya tetapi tanggungjawab yang perlu saya galas. Namun saya sedar peluang sebegini bukan datang selalu dan terus membuat keputusan untuk menyertai Hot FM.

Dalam kesempatan itu, Mark mengakui tugas untuk menghiburkan orang ramai terutamanya pendengar radio tidaklah semudah yang disangka. Oleh itu, Mark berharap agar dia dan Fizie dapat memberi yang terbaik buat semua pendengar GPH.

Berikan nafas baru kepada Hot FM

Menurut Ketua Audiens Melayu, Nik Nor Azura Nik Mahmood, pihak mereka akan menyajikan pengisian dan idea-idea yang lebih segar buat para pendengar setia Hot FM. Jelasnya lagi, dia percaya dengan bakat dan kemampuan yang dimiliki oleh Mark Adam akan memberi nafas baru buat Hot FM.

Kami percaya kekuatan beliau sebagai penyanyi, pelakon dan juga penghibur dapat memberi warna dan variasi kepada pengisian GPH. Selain itu, kelebihan Mark juga terletak pada keikhlasan beliau apabila memberikan sesuatu persembahan dan itu dapat mendekatkan lagi Hot FM dengan para pendengar kami.

Akhir sekali, Nik Azura berkata segala pembaharuan yang dilakukan ini adalah untuk mengukuhkan lagi jenama Hot FM daripada segi muzik, hiburan dan pengisian gaya hidup terkini.

Sumber: Hot FM

SKIP THIS AD ×