berita

[VIDEO] Imran Aqil & Dahlia Rizal Print Gambar Untuk Borang Nikah? Netizen Dah Bau Nasi Minyak

July 21st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Umum mengetahui, pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil sudah pun mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya yang juga pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal.

Artikel Berkaitan: Budak Tebing 2 Buat Comeback, Watak Baru & Scene Kali Ni Bakal Buat Netizen ‘Geram’!

Artikel Berkaitan: Tewas Main Badminton, Imran Aqil & Tunang Kena Bau Stokin – ‘Ending Dia Tak Boleh Tahan’

Gambar akad nikah

Terbaharu, Aqil menerusi perkongsian di laman TikTok memuat naik sepotong video yang menyaksikan dia dan Dahlia berada di sebuah kedai gambar.

Menerusi perkongsian tersebut, pekerja kedai berkenaan dilihat sedang menyunting gambar wajah Dahlia sebelum sedia untuk dicetak.

Video berkenaan sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya adakah gambar berkenaan digunakan untuk proses akad nikah mereka kelak.

‘Dah dekat’

Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen saling berteka teki dengan mengatakan Aqil dan Dahlia bakal bernikah dalam masa terdekat.

Malah, netizen juga seakan tidak sabar untuk melihat mereka disatukan sebagai suami isteri.

Dalam masa sama, netizen turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan sehingga menuju hari bahagia.

Video

@imjeebsteryou are more than a priority ?? rayuan perempuan gila speed up – lovvyy

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×