berita

[VIDEO] Imran Bard Kecewa – ‘Bila Orang Korea Datang Sini Cakap Apa Khabar, Terus Dapat Job’

April 21st, 2024 | by Alia
Kini Trending

imran

Personaliti media sosial, Imran Bard berasa kesal kerana tidak diberikan peluang sama rata dengan pempengaruh dan selebriti yang berasal dari luar negara.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Kau Kaya, Boleh Cakap Sekolah Buang Masa’ – Imran Bard

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mak Aku Ajar Anak Jantan Kena Pandai Buat Kerja Rumah’ – Imran Bard

Tidak diberi peluang

imran

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Imran atau nama lengkapnya Muhammad Al Imran Badaruddin berkata semenjak video gwenchana tular, dia tidak pernah diberi peluang untuk menonjolkan diri atau mengetengahkan bakatnya terutama di Korea.

Aku viral gila dekat Korea, banyak media dan PR termasuk taman tema dekat sana pakai sound aku. Mereka perasan kewujudan aku tapi tak ada pun dapat job pergi Korea.

Tak ada pun dipanggil interview sebagai Gwenchana Guy. Aku sanggup la beli sendiri tiket pergi Korea.

Dalam pada itu, Imran mendedahkan bahawa dia pernah dihubungi oleh pelakon, Lee Yi Kyung yang turut mempopularkan video tersebut namun sehingga kini tiada maklum balas daripada pihak aktor berkenaan.

Lee Yi Kyung adalah gwenchana ambassador. Mereka ada hubungi untuk kolaborasi dan aku cakap aku nak. Tapi sampai sekarang tak ada respon.

Sementara itu, Imran juga meluahkan rasa kecewa berikutan kebanyakan individu yang berbakat di Malaysia tidak dihargai malah industri lebih memilih pempengaruh yang berasal dari luar negara.

Aku viral dekat sana, tapi aku tak dapat nama pun dekat sana, tak dapat pun job dekat sana tapi bila orang Korea datang Malaysia dia cuma cakap ‘apa khabar’, ‘saya sayang Malaysia’, terus viral dan terus dapat job dekat sini.

Mereka memang akan pilih orang-orang mereka sendiri untuk naik dan itu bagus sebenarnya. Patutnya kita kena buat macam tu juga.

Orang-orang yang macam aku ni, tak lawa, kulit sawo matang..diketepikan. ‘Kita ada pan asia, ada matsalleh nak jadi cover majalah’.

Kita lebih utamakan orang luar daripada orang kita, ini kesilapan orang Malaysia dan apa yang Korea buat tu betul. Kita terlalu hype orang luar dan sampai nak jatuhkan orang sendiri tu sangat tak boleh diterima.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet setuju dengan kenyataan Imran selain turut merasakan mentaliti seperti itu tidak sepatutnya ada.

@imeranbrad

kita terlalu hype orang luar #imranbard #fyp

? original sound – imeranbrad – imeranbrad

Sumber: TikTok Imran Bard

SKIP THIS AD ×