berita

Jangan Sebab Nak Viral, Habis Rosak Generasi Dek Diabetes’ – Sharnaaz Ahmad

April 21st, 2024 | by Alia
Kini Trending

sharnaaz

Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa kesal dengan pengambilan gula berlebihan yang kini menjadi tabiat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Punya Happy Tu Cairkan Hati Yang Duka, Kadang-Kadang Tak Perlu Benda Mahal’ – Sharnaaz Ahmad

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ucapan Istimewa Sharnaaz Ahmad Kepada Anak Buat Ramai Tersentuh – ‘Baba Lakukan Semua Ini Untuk Jebat Jayden’

‘Tolong la stop!’

sharnaaz

Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memuat naik sebuah video di Instagram Story (IG) yang memaparkan seorang peniaga sedang membacuh air. Kelihatan lelaki tersebut mencampurkan air berkabonat dengan susu pekat manis.

Aktor berusia 38 tahun itu kecewa dengan sikap segelintir rakyat di negara ini yang tidak memikirkan tentang kesan pengambilan gula secara berlebihan.

Aku tak marah budak berniaga. Tapi aku marah kalau cuba rosakkan anak-anak muda yang gatal nak cuba benda baru.

Kandungan gula dalam tu boleh mematikan babi dan juga manusia. Jadi jangan sebab nak viral habis rosak generasi dek diabetes.

Ada juga si benak cakap, lepas itu kena bilas dengan air kosong baru okay. Kau bilas dengan air gunung Fujiyama pun tetap tak kurang pengambilan gula walau 0.01%!

Untuk info, 20 peratus rakyat dewasa di negara ini atau kira-kira 4.5 juta individu menghidap kencing manis berdasarkan data pada tahun 2021.

Malaysia juga antara negara di Asia Tenggara yang mencatatkan peningkatan prevalens kencing manis yang ketara iaitu daripada 11.2 peratus pada tahun 2011 kepada 18.3 peratus pada tahun 2019.

Sumber: IG Sharnaaz Ahmad, Harian Metro

SKIP THIS AD ×