Pelakon dan personaliti media sosial, Imranul Effendy memilih untuk tidak memberikan komen mengenai perubahan imej aktres Norreen Iman yang sudah dianggap seperti kakaknya sendiri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imranul Effendy Dedah Pernah Ditawar Ribuan Ringgit, Individu Minta Gambar Tak Senonoh – ‘Memang Banyak Tapi Saya Tidak Ambil Peduli’

Artikel Berkaitan: ‘Doa Yang Baik-Baik, Kalau Sampai Fitnah Itu Melebih’ – Norreen Iman

Hormati Norreen

@ohbulanofficial

Pelakon dan personaliti media sosial, Imranul Effendy memilih untuk tidak memberikan komen mengenai perubahan imej aktres Norreen Iman yang sudah dianggap seperti kakaknya sendiri.#ohbulan #kinitrending

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Ketika ditemui OhBulan!, Imranul, 27, menyifatkan perkara tersebut sebagai isu sensitif dan peribadi. Justeru, dia tidak mahu mengulas lanjut tentangnya dan hanya memilih untuk mendoakan yang terbaik buat Norreen.

Norreen ialah seorang individu yang sangat baik. Dia banyak membantu saya dalam perjalanan untuk masuk industri ini, daripada kosong sehinggalah saya menjadi seseorang.

Untuk kupas isu dia, saya rasa tak berhak sebab itu adalah soal peribadi dia dan saya sendiri menghormati apa juga keputusannya.

Saya cuma nak doakan yang terbaik untuk dia dan keluarga, itu sahaja.

Menurut Imranul, mereka sering berhubung, namun dia menghormati Norreen dan tidak mahu mendedahkan sebarang perincian mengenai perbualan mereka sebelum ini.

Soal kongsi (berhubung menerusi telefon) itu, biarlah saya dan dia sahaja yang tahu.

Saya tak mahu sentuh isu sensitif ini, saya pun bukan sesiapa untuk bagi komen.

Imranul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media siri vertikal terbaharu lakonannya berjudul BRU: Masin & Manis yang berlangsung di ibu kota pada Isnin.

Dalam pada itu, ketika disoal mengenai komen-komen negatif yang dilemparkan warganet terhadap Norreen, Imran percaya aktres tersebut seorang yang kuat dan tabah mengharungi apa sahaja ujian.

Mulut orang kita tak boleh nak tutup tapi saya tahu kakak saya macam mana orangnya. Dia sangat kuat.

Terdahulu, hantaran terbaharu yang dimuat naik Norreen di media sosialnya telah menyorot perhatian ramai apabila tampil tidak berhijab dan berambut pendek.

Imbas kembali, Norreen sebelum itu pernah menjadi bualan di media sosial apabila dilihat memakai pakaian berlengan pendek serta menggayakan tudung jenis turban.