
Pelawak veteran, Sathiya ketika ini sedang berada di Hospital Ampang Pandan Mewah selepas ibu jari kaki kirinya dijangkiti kuman.
Artikel Berkaitan: Sathiya Tak Mahu Bebankan Mana-Mana Pihak, Syukur Kesihatan Semakin Pulih Selepas Diserang Angin Ahmar
Ibu jari kaki kiri dijangkiti kuman
Berita mengenai keadaan kesihatan Sathiya itu dikongsikan Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Syerleena Abdul Rashid yang menziarahinya di hospital berkenaan pada Rabu.
Menurut Syerleena, jangkitan kuman itu memaksa Sathiya untuk memotong ibu jari kaki kirinya.
Ibu jari kaki kiri kena jangkitan kuman dan perlu dipotong.
Kalau tidak, boleh kena jangkitan pada badan.
Di akhir perkongsian, Syerleena menyerahkan sedikit bantuan kepada Sathiya bagi meringankan sedikit beban yang dihadapi pelawak berusia 63 tahun itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata semangat dan mendoakan kesejahteraan Sathiya.
Komen netizen


Sumber: TikTok








