Seorang individu berkongsi nasihat yang diterimanya daripada pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal, berhubung usahanya yang masih berterusan untuk dikurniakan zuriat.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Melibatkan Kekerasan Rumah Tangga, Jangan Doa Sahaja…Pergi Lapor Polis’ – Ustaz Don

Artikel Berkaitan: Janna Nick Fokus TTC, Perlahan Berlakon 

Terima kasih ustaz

@wandymohd

Ustaz, kalau Ustaz baca ni…terima kasih banyak 🥹 saya takkan lupa momen berharga ni. Memang betul, lepas dengar nasihat Ustaz, ketika itu saya lebih hargai momen berdua dengan isteri berbanding risau fikirkan belum dikurniakan zuriat. Terima kasih Ustaz

♬ Butterfly – Syafiq Zubair

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Wandy meluahkan rasa syukur atas kata-kata Ustaz Don.

Tambah Wandy, nasihat yang diberikan membuatkan dirinya dan pasangan lebih tenang memikirkan hal zuriat.

Terima kasih banyak ustaz.

Saya tidak akan lupa momen berharga ini. Memang betul, lepas dengar nasihat ustaz, ketika itu saya lebih hargai momen berdua dengan isteri berbanding risau fikirkan belum dikurniakan zuriat.

Nasihat ustaz Don

Dalam pada itu, Wandy berkongsi nasihat santai yang diberikan Ustaz Don atau nama penuhnya Don Daniyal Don Biyajid yang menyarankannya untuk meluangkan masa bersama isteri terlebih dahulu.

Tak perlu fikir, baru 2 tahun.

Bergembira dulu dengan isteri. Bawa dia jalan-jalan, jangan terburu-buru.

Nanti ada. Allah mesti bagi.

Sumber: TikTok @WandyMohd