berita

[VIDEO] Influencer Isa Isarb Selamat Bertunang Dengan Gadis Pulau Pinang

January 8th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Isa Isarb

Pempengaruh media sosial, Isa Isarb selamat mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya yang juga ‘influencer’ yang dikenali sebagai Lisa Nosra, pada Ahad.

Artikel Berkaitan: Isa Isarb Buka Mulut Isu Pukul Budak Futsal, Kes ‘Settle’ Bayar Pampasan RM8 Ribu

Artikel Berkaitan: Lelaki Dipukul Influencer Dedah Cerita Sebenar, Mahukan Keadilan

Tunangan orang

Isa Isarb

Majlis pertunangan tersebut dipercayai berlangsung di kediaman keluarga Lisa yang terletak di Pulau Pinang.

Pasangan itu dilihat mengenakan baju sedondon berona krim di hari yang cukup bermakna buat mereka.

Menerusi beberapa perkongsian di laman TikTok milik Isa dan Lisa, majlis tersebut dipercayai diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak.

Tidak meletak sebarang kapsyen yang panjang, pempengaruh berusia 26 tahun itu hanya menulis kalimah ‘alhamdulillah’ berserta tanda pagar ‘engagement’.

Sementara itu, mereka turut berkongsi beberapa foto dan video sekitar majlis berlangsung buat tatapan pengikut masing-masing.

Dalam pada itu, ruangan balas dihujani dengan ucapan tahniah oleh wargamaya selain mendoakan urusan mereka dipermudahkan sehingga menuju hari bahagia.

Video

@isaisarbofficialNi sirius spontan, photographer suruh buat pos pandang each other. Terblushing plk ?? original sound – Isa Isarb

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×