Pempengaruh YouTube terkenal, Isa Isarb mendakwa stafnya menyeleweng wang syarikat demi kepentingan diri sendiri.

Artikel Berkaitan: Isa Isarb Mohon Maaf, Akui Bersikap Kurang Sopan Ketika Layan Pekerja Vietnam

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isa Isarb Buat Netizen Risau, Nak ‘Camping’ Tepi Gunung Berapi Selama 24 Jam – ‘Hati-Hati, Asap Sulfur Tu Bahaya’

Guna wang syarikat

@isaisarbofficial

Saya sebenarnya malu membuat statement ini kerana ia membuktikan kegagalan saya dalam mendidik circle sendiri. Terlalu sibuk mengejar matlamat YouTube “🇲🇾👁️🌍”, dengan jadual 3 hari satu projek, saya tidak mempunyai masa mencukupi untuk menyemak setiap perkara dan terpaksa bergerak atas dasar kepercayaan. Mungkin dah tiba masa untuk memperlahankan rentak kepada satu video seminggu.

♬ original sound – Isa Isarb – Isa Isarb

Menurut Isa, pada awalnya mereka merancang ke Sarawak atas urusan kerja, bagaimanapun staf yang dikenali sebagai Aiman Pt2 memberi alasan dia ketinggalan kapal terbang gara-gara kesesakan jalan raya.

Kemudian, Aiman Pt2 memaklumkan dia telah ditahan oleh pihak imigresen dan polis.

Saya anggap dia seperti adik dan sangat rapat, tak pernah terfikir akan berlaku sehinggalah minggu lepas.

Kami minta staf lain mencari dia tapi tak jumpa. Kami dah pergi ke balai polis dan imigresen di lapangan terbang tapi tetap tak ada.

Tidak lama selepas itu, isteri Aiman Pt2 menghubungi pihak Isa dan memaklumkan bahawa suaminya sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah.

Isa masih cuba bertoleransi dengan meminta Aiman Pt2 untuk membeli tiket penerbangan dan menyertainya ke Sarawak. Namun, didakwa sekali lagi cuba memperdaya Isa.

Tiba-tiba, isteri dia telefon dan bertanya, ‘di mana Aiman? Dia dah tiga bulan tak balik rumah.’ Kami jumpa Aiman dan rupanya-rupanya dia tipu. Tapi saya tak nak ambil apa-apa tindakan.

Saya minta staf belikan tiket untuk ke Sarawak jam 8.00 pagi. Tiba-tiba dia beli tiket pergi ke Indonesia pula.

Kepentingan peribadi

Bercerita lanjut, dengan penuh rasa kecewa Isa mendedahkan sejumlah wang syarikat yang didakwa telah diambil sebahagiannya oleh Aiman Pt2untuk perbelanjaan peribadi.

Dekat dia ada RM230,000 dan setiap kali saya tanya dia kata sudah serahkan resit ke bahagian kewangan. Namun, apabila bertanya kepada bahagian kewangan mereka maklumkan, dia beritahu yang saya tak bagi serahkan lagi.

Dia ambil duit untuk kegunaan peribadi. Semasa kami buat projek di Terengganu, dia beritahu mak cik dia tak sihat. Rupanya, dia duduk dalam hotel 17 hari dengan kawan pakai duit syarikat.

Banyak vendors dia tak bayar. Dia beli buku bil dan tulis perbelanjaan sendiri. RM128,000 memang digunakan untuk projek, RM49,000 perbelanjaan tertunggak (tiada resit), RM51,000 digunakan untuk kepentingan peribadi. Dia bagi kawan Indonesia dia, bagi keluarga dia, melabur dalam Forex dan banyak transaksi hotel.

Isa kemudian memberitahu Aiman Pt2 tidak dapat dihubungi dan didakwa tidak bertanggungjawab kerana meninggalkan barang-barang milik syarikat di lapangan terbang.

Sementara itu, Isa turut memaklumakan bahawa Aiman Pt2 telah dipecat serta-merta dan bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

Sumber: Isa Isarb