Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan dia dan suami, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa bakal menghabiskan 10 malam terakhir Ramadan di tanah suci, Makkah.
Artikel berkaitan: ‘Awak Penyanyi No.1, Saya Belakang Awak’ – Siti Nurhaliza ‘Akui’ Aliff Syukri Penyanyi Hebat
Artikel berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Bangga Dengan Kejayaan Lesti Kejora, Sempat Belanja Lagu Duet
Artikel berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Comel Tanpa ‘Make Up’, Peminat Ingat Budak Sekolah
Lepaskan rindu
Biarpun jadual kerja begitu padat, Siti atau nama lengkapnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 44, berkata tujuan berangkat ke sana adalah untuk melepaskan rasa rindu dan menunaikan hajatnya.
Saya tidak menyambut raya pun di tanah suci pun, saya pergi sekejap sahaja. Saya bertolak pada 14 April dan pulang ke Malaysia pada 19 April. Hanya lima hari sahaja di sana, sempat untuk menyambut raya di Malaysia.
Pergi ke sana sebab untuk melepaskan rindu dan menunaikan hajat. Saya ingin menghabiskan 10 malam terkahir Ramadan di sana.
Saya sebenarnya sangat sibuk, tapi hati ini macam memanggil-manggil. Mungkin ini dengan izin Allah juga, segalanya dipermudahkan.
Siti berkata demikian ketika ditemui pada hari pertama acara Starvendors Mega Raya yang berlangsung di KLCC, pada Khamis.
Ditanya adakah ibadah Umrah bakal menjadi aktiviti tahunan setiap kali tibanya bulan Ramadan, pelantun lagu Sesuci Lebaran itu mengiyakan pertanyaan tersebut.
Iya betul. Saya dah berniat seperti itu untuk setiap tahun pergi ke sana. Sekiranya tiada halangn memang nak sampai ke sana setiap kali Ramadan.
Doa istimewa di Makkah
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, setiap kali menjejakkan kaki di Makkah, dirinya tidak melepaskan peluang untuk berdoa dan meminta segala hajatnya dimakbulkan.
Saya rasa doa yang sentiasa amalkan adalah untuk diberikan keampunan, dikuat keimanan, semoga saya sentiasa dapat perbaiki banyak kelemahan dan kekurangan dari apa sahaja sudut.
Brerdoa juga untuk anak-anak saya. Mintak Allah luaskan rezeki agar saya dapat memberi semula kepada orang lain.
Malah, anak kelahiran Pahang itu mengakui ada doa istimewa yang dibawa bersama ke tanah suci, Makkah.
Itu biar menjadi rahsia saya. Memang ada doa istimewa jika saya jejak ke tanah suci. Setiap kali pergi memang ada doa dan hajat yang saya inginkan. Jika dulu, saya sentiasa doa untuk dikurniakan zuriat dan alhamdulillah Allah angkat doa saya.
Video
@ohbulanofficial Alhamdulillah TokTi ??#ohbulan #fyp #news ? original sound – OHBULAN!