Kemesraan dan layanan baik yang selalu ditonjolkan semasa siaran langsung di akaun media sosial penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sering kali mencuri perhatian peminat dan pengikutnya.
Artikel Berkaitan: Dagu Aafiyah Berjahit Jatuh Skuter, Siti Nurhaliza Kena Marah Dengan Datuk K
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Sulung Siti Nurhaliza Jatuh Masa Main Skuter, Selamat Jalani Pembedahan
Muka muda belia sangat
Siti Nurhaliza yang mesra disapa Tokti baru-baru dilihat berinteraksi bersama pengikutnya. Namun apa yang mencuri perhatian warganet adalah ketika ‘live’, Tokti tampil tanpa dengan sebarang calitan solekan.
Penyanyi dan juga ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga sempat berseloroh dengan penonton-penonton siaran langsung tersebut.
Ini memang betul Mak Iti (Siti Nurhaliza) ke? Agak-agak? Ini Mak Iti tanpa make up lah.
Muka akak macam Siti Nurhaliza. Hmmm… Siti Nurhaliza yang macam kakak la.
@m.s.zone
Pelantun lagu Cindai itu kini sudah berusia 44 tahun tetapi wajahnya masih lagi awet muda dan rata-rata warganet menyatakan dia seperti remaja yang masih di bangku sekolah.
Sumber: TikTok