Ananda Natasha

Pempengaruh media sosial, Ananda Natasha mengakui Ramadan tahun ini merupakan pengalaman berpuasa paling sunyi sepanjang hidup.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ananda Natasha Dakwa Terima Mesej Dari Bekas Mentua Setiap Bulan, Harap Berhenti Ganggu Kehidupan Baru – ‘Saya Sangat Sayang Dia’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ananda Natasha Dipuji ‘Glow-Up’, Netizen Doa Agar Berjodoh Dengan Lelaki Tepat – ‘Allah Jaga Orang Yang Sabar’

Ramadan yang sunyi

Ananda Natasha

Menerusi perkongsian di TikTok, Natasha atau mesra disapa Tasha berkata, sehingga Ramadan ke-20, dia masih tidak dapat merasai suasana atau ‘vibes’ berpuasa disebabkan berjauhan dengan ibunya.

Ramadan kali ini merupakan Ramadan paling sunyi dalam hidup saya. Tahun lalu ibu saya datang dan berpuasa bersama, tetapi tahun ini dia tidak dapat datang sebab tak sihat.

Saya juga ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan saya tidak dapat pulang ke kampung untuk berpuasa.

Bulan puasa kali ini saya tidak dapat suasana puasa macam orang lain. Saya tak dapat berbuka macam keluarga orang lain. Boleh ke saya nak menangis?

Tambah Tasha lagi, dia juga tidak mempunyai jawapan setiap kali diajukan pertanyaan mengenai sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Apabila orang tanya saya beraya di mana, saya tak tahu nak jawab. Saya memang tak rasa ‘vibes’ untuk sambut raya. Tapi saya tahu, saya tidak keseorangan, saya masih ada kawan-kawan dalam ini (media sosial).

Video

@anandanatashaa1 Replying to @warif_gh ? original sound – Ananda_natashaaa

Sumber: TikTok