Pelakon Ikram Dinzly menyifatkan isteri kepada sahabatnya, Ridzuan Ridzokumura iaitu Allahyarhamah Akiko Okumura sebagai seorang wanita yang baik dan sopan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ridzuan Ridzokumura Cerita Arwah Akiko Terjatuh Dari Tingkat Empat, Tidak Pasti Bagaimana Insiden Berlaku – ‘Ketika Itu Saya Sudah Tidur’

Artikel Berkaitan: ‘Sky Kata Kenapa Tuhan Ambil Mak Dia Masa Umur Dia 13 Tahun’ – Ridzuan Ridzokumura

Arwah orang yang baik

@maroseaslegacy

Hentikan cerita yang tidak menyenangkan.. Hormati keluarga roh, yang penting perasaan mereka #salamtakziah #tenangisgood #sky #rizkomura #akiko #fypシtak #maroaslegacy

♬ bunyi asal – Marose AS Legacy – Marose AS Legacy

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Iqram atau nama lengkapnya Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin berkongsi dengan warganet tentang keperibadian arwah Akiko yang sentiasa mementingkan keluarga.

Cara dia bercakap penuh dengan kesopanan dan Akiko sangat mengutamakan privasi keluarganya.

Menurut aktor berusia 44 tahun itu, Akiko adalah seorang wanita yang mempunyai adab yang tinggi selain sikapnya yang berlemah lembut.

Walaupun dia tidak bertudung tetapi dia tak pernah pakai pakaian yang seksi, sangat sopan dan sedap mata memandang.

Sekiranya saya berpeluang untuk menceritakan apa yang Ridzuan berkongsi dengan saya, awak semua pasti akan terdiam. Tetapi saya tak boleh, itu adalah amanah.

Jangan buat andaian

Dalam masa yang sama, pelakon filem Zim Zim Ala Kazim itu menyeru orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya mencetuskan spekulasi berhubung kematian Akiko.

Awak semua jangan sibuk nak buat kerja tuhan. Sekiranya sayang padanya, janganlah buat andaian.

Kenapa perlu buat andaian sedangkan ianya sudah pun disahkan oleh pihak berkuasa?

Jumaat lalu, Ridzuan menerusi hantaran di Instagram memaklumkan isterinya telah meninggal dunia namun tidak mendedahkan punca kematian.

Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.

Sumber: TikTok