![[VIDEO] Irfan Haris Mahu Abang Ipar Tinggi, Pandai Berlakon & Menyanyi, Netizen Teka Fattah Amin – ‘Calonnya Sudah Ada’](https://media.ohbulan.com/2025/04/irfan-fattah-1212.jpg)

Penyanyi Irfan Haris berkongsi tentang ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang lelaki yang mahu menjadi abang iparnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Tersasul Nama Fattah Amin Ketika Live, Netizen Syak Tengah Angau – ‘Dalam Kepala Ada Nama Abang Long Je’
Artikel Berkaitan: Irfan Haris Cerita Momen Fattah Amin Datang Beraya Ke Rumah, Ibu Masak Sambal Udang Lauk Kegemaran ‘Abang Long’
Kriteria pilihan
@emi.malaysia Replying to @Lo¥€urselff Kena kurung store lagi lah lepasni👀 @Irfan Haris #AdminW
Menerusi temu bual bersama EMI Malaysia, Irfan atau nama lengkapnya Irfan Haris Othman berkata, dia mahukan seorang abang ipar yang memiliki persona yang menarik.
Dia kena impress saya dahulu. Dia kena pakai cermin mata, suka pakai topi dan tinggi.
Dia mestilah lebih handsome dari saya dan merupakan seorang hero Malaya.
Selain itu, bakal abang ipar penyanyi berusia 24 tahun tersebut juga haruslah mempunyai bakat dalam lakonan dan nyanyian.
Dia mestilah seorang yang boleh bernyanyi dan berlakon. Dua perkara ini sangat penting.
Fattah Amin?

Menjengah ke ruangan komen, warganet berkata, ciri-ciri yang disebut pelantun lagu Redha tersebut ada pada pelakon kacak iaitu Fattah Amin.
Semua jawapan dia ada pada abang long (Fattah Amin).
Betul-betul lurus Irfan bagi hint, tak berselindung langsung.
Tak payah susah-susah fikir ciri-ciri sebab calonnya sudah ada.
Biasanya tanya ciri-ciri pasangan hidup, jarang orang interview tanya pasal abang ipar.
Sumber: TikTok EMI Malaysia







