Pelakon yang memegang watak ‘Malik’ dalam filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ iaitu Irfan Zaini meluahkan rasa terharu dan bersyukur selepas watak yang dipegangnya itu mendapat perhatian dan pujian ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad & Shukri Yahaya ‘Dingin’ Setahun Sepanjang Shooting ‘Blood Brothers’ – ‘Terlampau Hidup Dengan Karakter Masing-Masing’

Tak pernah termimpi dapat perhatian ramai

@iam_irfun Bersyukur sangatx2 . Terima Kasih semua ?? Malik Sayang Awak semua . ? #bloodbrothers #malik #irfanzaini #movie #malaysia #sharnaazahmad #skop #syafiqkyle #shukriyahaya #fyp #viral #tgv #gsc ? slow piano music(1297827) – syummacha

Menerusi perkongsian di TikTok, Irfan mendedahkan bahawa dia tidak pernah bermimpi untuk meraih perhatian sehebat itu menerusi watak ‘Malik’.

Meskipun hanya sekejap muncul menerusi filem tersebut, Irfan memaklumkan ramai yang menghantar mesej dan komen memuji mutu lakonannya.

Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada yang dah tonton Blood Brothers.

Saya dah baca semua mesej, komen dan Instagram Story (IGs), apa yang boleh saya katakan ialah sokongan yang ‘Malik’ dapat ini saya tak termimpi pun akan dapat.

Sebab itu saya tak tahu nak cakap apa. Saya bersyukur sangat walaupun watak ‘Malik’ itu hanya sekejap sahaja tapi ramai yang suka dan dapat ‘rasa’.

Saya gembira sangat.

Terima kasih atas tunjuk ajar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ?????????? (@iam_irfun)

Dalam masa yang sama, Irfan turut menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dengan filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ secara atau tidak langsung.

Ujar Irfan, bantuan yang diberikan sangat membantu untuk dirinya menbawa watak tersebut dengan jayanya.

Terima kasih kepada Skop Production, pengarah dan barisan pelakon yang banyak mengajar.

Walaupun saya masih baharu tetapi kesemua mereka bantu saya untuk rasa selesa dan bantu saya untuk ‘perform’ ketika ‘shooting’.

Di akhir perkongsian, Irfan memaklumkan dia akan terus melakukan terbaik menerusi filem yang bakal dibintanginya akan datang.

Saya masih baharu lagi jadi kalau ada salah silap tolong maafkan saya.

Insya-Allah, saya akan bagi yang lebih baik dalam filem-filem seterusnya.

Sekadar info, Irfan memegang watak ‘Malik’ yang merupakan salah seorang ahli pasukan ‘bodyguard’ yang diketuai Dato’ Zul menerusi filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’.

Meskipun hanya mempunyai beberapa babak menerusi filem tersebut, namun watak ‘Malik’ turut meraih perhatian dan pujian penonton.

Filem yang sudah mula ditayang di 146 pawagam terpilih bermula 10 April lalu ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

Sumber: TikTok