![[VIDEO] Isteri Edika Yusof Tinggal Bersama Anak, Berlapang Dada Dengan Segala Ujian – ‘Saya Tak Kuat Tapi Pernah Kuat’](https://media.ohbulan.com/2025/03/NorHidayahBerlapangDada.jpg)

Isteri kepada pelakon, Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri berkongsi mengenai kehidupan terkininya selepas memfailkan cerai terhadap suaminya itu pada pertengahan Februari lalu.
Artikel Berkaitan: Isteri Fail Cerai? Edika Yusof Kekal Tenang – ‘Nothing Serious, Insya-Allah Kami Cuba Bincang’
Tinggal bersama anak
@nona.my Walaupun dalam keadaan lumpuh separuh badan, dan diuji pula dengan kemelut rumahtangga, isteri kepada pelakon Edika Yusof ini dilihat kekal tenang, positif dan optimis. Sewaktu sesi siaran langsung di Tiktok nya semalam, Nor Hidayah Yusry berkongsi sumber kekuatannya bersama pembaca. 19 tahun berkerusi roda, ibu kepada 3 orang cahaya mata ini dilihat cukup bersemangat mencari rezeki demi kelangsungan hidup walau serba kekurangan. Semoga perkongsian Nor Hidayah ini menjadi inspirasi buat semua wanita² di luar sana. #majalahnona #edikayusof #norhidayahyusri #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fyp?? ? original sound – NONA
Menerusi rakaman video sesi siaran langsung yang dimuat naik Nona di TikTok, Hidayah memaklumkan bahawa dia kini tinggal bersama anaknya yang berusia 21 tahun.
Ujar Hidayah, dia menguruskan dirinya sendiri termasuk melakukan kerja-kerja rumah selagi terdaya dan mampu.
Anak sulung saya dah kahwin tapi dia duduk berdekatan dengan saya dan sekarang saya tinggal bersama anak saya yang berumur 21 tahun.
Dia ketika ini sedang melanjutkan pelajaran di kolej. Dia pagi ke kolej, balik malam dari Isnin ke Jumaat.
Saya pula buat kerja saya lah, saya beralih sendiri dari kerusi roda. Saya buat kerja saya, bisnes, saya buat printing dan ‘graphic design’.
Saya buat kerja rumah semampu saya, nak tonggeng macam mana nak lap lantai. Saya buatlah itu semua. Apa yang mampu saya buat, saya buat.
Berlapang dada dengan ujian

Ketika ditanya mengenai ujian yang dihadapinya ketika ini, Hidayah memaklumkan dia berlapang dada dan reda dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan.
Tambahnya, dia tidak suka meratapi sebaliknya akan berusaha untuk menjadi kuat dan meneruskan hidup seperti biasa.
Awak boleh ‘judge’ secara luaran tapi yang melaluinya adalah saya. Jadi saya dah taknak cakap apa-apa yang ‘too deep, too personal’.
Saya sakit dah 19 tahun saya lumpuh. Tapi, dalam masa yang sama saya jaga mak, mak mertua dan mak mertua tiri yang sakit kanser.
So, kita berserah, kita tengok apa yang jadi okay?
Saya tak kuat cuma saya pernah kuat. Saya reda sebab saya berserah kepada perancangan Allah SWT, apa yang jadi saya akan hadap.
Terdahulu, dilaporkan rumah tangga 22 tahun Edika dan Nor Hidayah kini di ambang perpisahan apabila wanita itu difahamkan sudah memfailkan perceraian pada pertengahan Februari lalu.
Ketika ditanya apakah faktor Hidayah memfailkan perceraian, Yazid tidak berkongsi secara terperinci namun memaklumkan tiada sefahaman menjadi faktor utama plaintif mahu berpisah.
Terdahulu, kisah pengorbanan Edika yang setia menjaga Hidayah yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka sejak 16 tahun lalu telah meraih perhatian ramai.
Untuk rekod, Edika dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Sumber: TikTok




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
