![[VIDEO] Isteri Fizi Ali Syukur Dikurniakan Mak Mentua & Keluarga Ipar Baik Hati – ‘Dilayan Seperti Anak Sendiri’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/fizi-ali-dan-isteri.jpg)
Isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha menyifatkan mak mentuanya yang dikenali Mak Piah sebagai salah satu nikmat terbesar dalam hidupnya.
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Sedar Tanggungawab Suri Rumah Tidak Mudah, Isteri Tertidur Atas Sofa Sebab Kepenatan
Artikel Berkaitan: Isteri Fizi Ali Sedar Diri, Mohon Individu Fikir Sebelum Berkata – ‘Saya Tidak Akan Susahkan Diri Pergi Daftar Untuk Anak Tiri’
‘Alhamdulillah’

Zulaikha atau lebih mesra disapa Mamatiz meluahkan rasa syukur apabila Mak Piah memberikan layanan yang baik terhadap dirinya.
Alhamdulillah untuk mak mentua dan keluarga ipar saya.
Sesungguhnya salah satu nikmat terbesar dalam hidup saya ialah dikurniakan mak mentua yang baik hati, penyayang, dan melayan saya seperti anak sendiri.
Setiap kali balik rumah, tidak pernah sekali pun saya balik dengan tangan kosong. Selalu penuh dengan kasih sayang (dan makanan).
Berkongsi lebih lanjut, Zulaikha berkata Mak Piah tidak pernah menganggapnya sebagai orang luar malah dilayan seperti anak sendiri.
Bersyukur

Kata Zulaikha, sekiranya dia tidak berkahwin dengan Fizi, mungkin dia telah terlepas salah satu nikmat terbesar dalam hidupnya.
Dari hari pertama lagi kasih sayang dan kebaikan dia terasa sampai sekarang.
Tidak pernah rasa kekok, malah dilayan seperti anak sendiri.
Kadang terfikir juga, kalau bukan sebab suami lafaz nikah, mungkin saya terlepas rezeki terbesar ini.
Sumber: Instagram






