![[VIDEO] Isteri Hadiahkan Izzue Islam Kereta Nissan GT-R Sempena Birthday & Anniversary, Netizen Turut Terharu – ‘Rezeki Di Atas Kesetiaan’](https://asset.ohbulan.com/2026/06/IMG_6912.jpeg)
Momen sambutan ulang tahun kelahiran pelakon dan penyanyi, Izzue Islam baru-baru ini telah menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Izzue Islam Kurang Senang Diasak Soal Zuriat Oleh Orang Terdekat – ‘Kau Ingat Kami Tak Usaha Ke?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mahu Sentiasa Di Sisi Isteri, Netizen Sifatkan Izzue Islam Suami ‘Green Flag’ – ‘Tuhan Ja Tahu Berapa Banyak Sayang Aku Pada Dia’
Kejutan buat Izzue
Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, kelihatan Izzue serta isterinya, Awin Nurin sedondon mengenakan pakaian serba biru dan mereka turut meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-13 pada hari yang sama.
Menjelang malam, Izzue atau nama lengkapnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 36, kemudian menerima kejutan apabila melihat sebuah lori membawa kereta jenis Nissan GT-R berwarna putih.
Difahamkan kereta tersebut adalah hadiah istimewa daripada Awin untuk Izzue.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terharu melihat kasih sayang yang dibina antara pasangan itu.
Dalam masa sama, warganet juga mengagumi Izzue sebagai seorang suami yang setia dan mendoakan mereka bahagia selamanya.
Untuk info, Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013. Awin juga merupakan pengurus kepada Izzue.
Sumber: TikTok