![[VIDEO] Isteri Hadiahkan Kereta Vellfire, Netizen Dedah Plat ‘ADH1’ Aliff Syukri Cecah RM348,000](https://asset.ohbulan.com/2025/07/aliff-syukri-kereta-baru-6.jpg)
Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menerima hadiah mewah berupa sebuah kereta Toyota Vellfire daripada isteri tercinta, Datin Seri Shahida.
Artikel Berkaitan: Netizen Puji Tahap Kesabaran Ammar Ahyan, Melayan Aliff Syukri Gunting Rambut
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Duit Bukan Penentu Kebahagiaan Tapi Kalau Gaji RM1,700 Tak Payah Kahwin Lagi’ – Aliff Syukri
Dapat hadiah kereta baru
Menerusi perkongsian di media sosial, Aliff memuat naik momen sebuah lori dari syarikat One Utama Motor menghantar kereta berwarna hitam itu ke kediaman mewah mereka.
Namun, bukan sekadar kereta yang menjadi sorotan sebaliknya, nombor pendaftaran ‘ADH1’ yang tertera pada kenderaan tersebut menjadi bualan hangat netizen.
Plat nombor ‘ADH1’ dikatakan membawa maksud ‘Aliff D’Herbs Nombor 1’, selari dengan jenama perniagaan yang diusahakan oleh usahawan itu.
Harga cecah RM348k?

Menurut Aliff, nombor plat tersebut dibeli dengan harga RM10,000, namun tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen tampil mendedahkan bahawa harga sebenar nombor pendaftaran itu dipercayai mencecah RM328,000 hingga RM348,000.
Menurut netizen, harga nombor pendaftaran tersebut yang mencecah ratusan ribu ringgit itu ibarat seperti membeli sebuah kereta baharu.
‘Nombor plate dapat sebiji lagi kereta?’


Sumber: TikTok Aliff Syukri







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
