
Pelawak, Amir Raja Lawak meluahkan rasa syukur apabila masih ada rakan artis yang mengambil berat terhadapnya susulan isu tuntutan bayaran terhadap sebuah stesen televisyen.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Nak Pakai Duit Untuk Beli Pampers, Susu & Stoma Bag Ayah’ – Amir Raja Lawak Merayu Stesen TV Lunaskan Hutang RM18,000
Artikel Berkaitan: Awesome TV Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Amir Raja Lawak, Mamak Puteh & Abu Mamu
Mamat Sepah & Lando prihatin

Menerusi Instagram (IG), Amir atau nama lengkapnya Mohammad Amirullah Azmi memaklumkan antara selebriti yang sering bertanya khabar dan menghulurkan bantuan termasuklah Mamat Sepah dan pelakon, Lando Zawawi.
Assalamualaikum, kalau ada yang tertanya-tanya kawan-kawan artis tak ada bertanya khabar ke?
Alhamdulillah ada je ni.
Mamat Sepah pun bertanya khabar jugak, cip Lando Zawawi Vrus pun hari tu awal-awal lagi call saya bertanya khabar.
Bila saya bagitahu keadaan sebenar dan belum habis ayat lagi, dia terus mintak nombor akaun, sangat ‘steady’ cip.
Zizan juga bantu
Selain Mamat dan Lando, bekas peserta Raja Lawak musim tiga ini berkongsi bahawa rakan pelawaknya, Zizan Razak turut prihatin terhadap masalah yang dihadapinya itu.
Yang Zizan ni pulak saya kena bagitahu juga, kalau ikutkan dia sendiri mungkin tak mahu benda ni diceritakan
Cuma saya nak orang tahu dia ada bersama saya, dan saya saksi Zizan orang yang baik hati.
Di akhir perkongsian, Amir mendoakan agar semua rakan yang membantunya sentiasa berada di bawah rahmat Allah serta dijauhkan daripada perkara yang tidak baik.






