Isteri pertama Boss Kay iaitu Nooraini ada berkongsi satu video memaparkan anak lelakinya menangis kerana merindui sosok si ayah.
Artikel Berkaitan: Dah Cerai Dua Isteri, Boss Kay Selamat Nikahi Tash Yong Ramadan Lalu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Influencer Hadir Ke JPN, Selesaikan Isu Pendaftaran Nama Anak
Anak sampai demam rindu
Menerusi video yang dikongsikan, anak sulung pasangan ini dilihat memegang telefon bimbit seakan menanti mesejnya dibalas oleh bapa tercinta. Kanak-kanak ini mengalirkan air mata kerana terlalu merindui sosok si bapa. Nooraini sempat menjelaskan kepada anak lelakinya itu bahawa Boss Kay telah menyekat nombor telefon mereka dan disebabkan itu, dia gagal dihubungi.
Saya okay kena block tapi anak-anak tak faham. Dia tetap cuba. Dia kata tak apa, dia nak cuba mana tahu papa baca.
Lebih menyedihkan apabila anak kedua pasangan ini iaitu Anzalna kerap mengalami demam kerana terlalu merindui si bapa. Dakwa Noni lagi, dia juga sudah berusaha untuk menemukan anak-anak dengan bapa mereka namun gagal.
Paling sedih bila Nono DM sahabat boss kay secara personal, jawapan mereka tak nak masuk campur. Hanya nak ilmu Boss Kay.
Abang tak demam tapi dia patah hati. Bapa dia tak nak jumpa dia. Anzalna (anak kedua) demam baik, demam baik. Apa lagi Noni nak buat.
Dakwa Nooraini lagi, dia seperti digantung tidak bertali kerana Boss Kay atau nama sebenarnya Khaireel Azlee Abdul Aziz dipercayai tidak hadir ke prosiding mahkamah meskipun tarikh sudah ditetapkan sebanyak dua kali.
Video
Sumber: TikTok