berita

[VIDEO] ‘Isteri Saya Tidak Mengandung’ – Beto Kusyairy

July 25th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Beto Kusyairy

Pelakon Beto Kusyairy menjelaskan isterinya, Tisha Shahar tidak berbadan dua seperti yang tular di media sosial.

Artikel Berkaitan:#ABPBH35 ‘Seriuslah Popular? Saya Media Sosial Tak Sampai Sejuta Pun’ – Beto Kusyairy

Penjelasan Beto

Beto Kusyairy

Menerusi video yang dikongsikan, Beto berkata dia menyerahkan soal zuriat kepada ketentuan Allah SWT. Kata aktor berumur 43 tahun, dia dan isteri hidup bahagia meskipun belum dikurniakan cahaya mata.

Kecoh di TikTok mengenai keadaan isteri saya, ada yang kata nampak ‘baby bump’,  mengandung dan sebagainya. Jadi, saya ingin menjelaskan di sini, isteri saya tidak mengandung dan gambar yang diambil itu mungkin kerana ‘angle’.

Selain kemenangan Beto atau nama sebenar, Nurkusyairy Zakuan Osman, dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH 35, perut isterinya turut menjadi perhatian.

Dikatakan, Beto mengusap perut isterinya sebaik saja diumumkan mengenai kemenangan itu.

Jadi, saya ingin menjelaskan di sini, saya dan isteri bukan menantikan cahaya mata. Belum ada rezeki dan kami ‘okey’.

Bukan suatu perkara yang menganggu atau pun membuatkan kami stres. Cukup setakat itu saja kerana kami berdua gembirakan dan Bahagia.

Kalau ada rezeki, amin Alhamdulillah. Cuma setakat itu saja dan sekali lagi saya menjelaskan isteri saya tidak mengandung.

Dalam pada itu, Beto yang telah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun lalu, menjelaskan bahawa perkara tersebut perlu diberikan pencerahan berhubung salah faham itu.

Video

@beto_kusyairyPt 1 Kamu. Iya kamu sekalian yang memperuntukkan kasih sayang kamu untuk mengundi aku.. TERIMA KASIH! ?? Diam tak diam ini adalah anugerah ke-9 untuk aku sepanjang lebih 20 tahun terlibat dalam industri hiburan tanahair dari belakang sehingga ke depan kamera. Syukur alhamdulillah. Namun kemasyhuran ini tidak mengubah apa2 dalam hidup aku. “Fame won’t get into my thick skull.” Tetap seperti dulu..sentiasa akan memberikan yang terbaik semampunya dalam bidang yang aku sayang ni selagi diperlukan. Ni je pun yang aku pandai. Benda lain aku tak reti. Teruskan menyokong filem anak tempatan di pawagam atau di platform yang sah supaya kami lebih bersemangat dalam mewarnai industri dengan karya yang lebih bermutu di masa depan..insyaAllah.? original sound – Beto_Kusyairy

Sumber: TikTok Beto Kusyairy 

 

 

SKIP THIS AD ×