Pelakon Indonesia, Yayan Ruhian dan aktor Malaysia, Beto Kusyairy sekali lagi digabungkan selepas dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan The Original Gangster arahan pengarah Syamsul Yusof.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Buat Aksi Bakar Diri, Beto Kusyairy Kena Bebel Dengan Isteri – ‘Bibir Saya Melecur Sikit’
Gabungan dua nama besar
Namun, kali ini berbeza apabila kedua bintang besar ini ‘muncul’ untuk Pak Mat Western (PMW) Cafe dan sekaligus jenama terkenal itu disifatkan sudah berada di tahap ‘another level up’.
Gandingan Yayan dan Beto itu juga serentak dengan pelancaran pembungkusan semula produk kambing perap PMW dipanggil Pek Murahdani berharga RM37.90 dengan berat 550 gram diperkenalkan sejak bulan lalu.
Menurut Ketua Pegawai Strategi PMW Group, Nurina Izz Zayani berkata kemunculan Yayan dan Beto itu sebagai meneruskan tradisi kemuafakatan Malaysia dan Indonesia sebagai negara serumpun.
Persetujuan dicapai oleh kedua- dua artis yang bukan lagi asing sesama mereka. Penggambaran dibuat di sebuah kediaman di Petaling Jaya minggu lalu mengambil tempoh 10 jam.
Kita juga lihat gabungan dua bakat hebat dua negara ini bukti jenama bumiputera seperti kami tak lupa meraikan mereka yang benar-benar hebat.
Yayan sendiri bukan pelakon calang-calang. Beliau sudah membintangi banyak filem Hollywood. Yayan paling diingati menerusi wataknya sebagai Tasu Leech dan filem ikonik Star Wars: The Force Awakens. Beliau turut membintangi filem John Wick: Chapter 3, Beyond Skyline, sekuel The Raid, Yakuza Apocalypse, dan lain-lain.
Dalam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, watak antagonis Toga terus diingati. Beto pula umum tahu, dia seorang pelakon berjiwa besar dan setiap kemunculannya pasti ditunggu.
Jelas Nurina Izz lagi, menyatukan dua nama besar itu juga menjadi kebanggaan jenama berdaftar di bawah syarikat tersebut.
Ada yang anggap gandingan dua bakat serumpun itu sebagai isyarat PMW akan tembus ke negara jiran. Jika ia menjadi kenyataan, sudah tentu kami pasti teruja.
Namun, sejujurnya, belum ada perancangan ke arah itu dalam masa terdekat. Tapi kami anggap ia permulaan untuk kami terus terbang tinggi dan ‘next level’ selepas lebih empat tahun memperkenalkan makanan sejuk beku atau frozen.
Paling utama, kami mahu terus mengukuhkan legasi jenama makanan ini yang terkenal dengan tagline Citarasa Hotel, Harga Warong. Inisiatif kami itu tak pernah ternoktah. Harga mampu milik, tapi kualiti premium. Kita mahu sajikan hidangan makanan enak tanpa mengira kasta, kaum dan pangkat.
Isteri mengidam
Dalam pada itu, menerusi video aksi dan komedi dimuat naik di akaun media sosial, Yayan digambarkan sebagai watak hero. Manakala, Beto pula sebagai antagonis menjadi gangster.
Jalan ceritanya menarik kerana Beto yang melakonkan watak jahat dan ‘langsi’ terpaksa memenuhi permintaan isterinya yang mengidam kambing perap.
Yayan di dalam video itu digambarkan sanggup menjaga dan melakukan apa saja demi mempertahankan kambing perap disayangi.
Namun, hati Yayan tiba-tiba lembut dan sanggup berkongsi kambing perap itu dengan Beto dan isterinya.
Aku takkan biar sesiapapun ambil kau (daging perap). Ia memang kegilaan nusantara dan sedap ‘gilo’.
Kambing perap ini antara yang paling enak pernah dirasai saya. Jadi kalau rasa enak, semua patut rasa.
Malah hero aksi yang turut mahir dalam cabang seni mempertahankan diri itu menitipkan pesan dan bekal kambing perap buat isteri Beto.
Kita ini lelaki, bro. Bahasa cinta ialah usaha dan perjuangan kita membahagiakan wanita yang dicintai. Teruskan mencintai wanita tersayang.
Terdahulu video iklan berlatar belakang sekitar era tahun 1980-an menampilkan Yayan dan Beto dilancarkan enam petang tadi di semua platform media sosial.
Sumber: Instagram