Pelakon Hafidz Roshdi memberitahu dia belum bersedia untuk berkongsi berita kehamilan isterinya, Athira Yuhada kepada umum.
Artikel Berkaitan: Ibarat Peluang Kedua, Hafidz Roshdi Syukur Dapat Tawaran Berlakon – ‘Semoga Ini Jadi Titik Tolak Untuk Saya Kembali Aktif’
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Terkilan, Beri Masa 24 Jam Untuk Individu Padam Fitnah Terhadap Ibu – ‘Saya Perlu Bertindak!’
‘Buat masa ini, saya belum bersedia berkongsi’
Ketika ditemui OhBulan!, Hafidz atau nama sebenarnya Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 30, berkata, dia tidak akan menyembunyikan berita gembira itu namun meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat.
Buat masa ini, saya belum bersedia berkongsi. Kalau ada saya tak akan sembunyikan, mungkin orang ramai boleh nampak sendiri perubahan isteri saya di media sosial.
Apabila ditanya mengenai kecaman yang diterima susulan perkongsian videonya bersama isteri di TikTok, Hafidz berkata dia tidak mengambil kisah dengan perkara tersebut malah akui isterinya itu juga faham dengan lumrah sebagai seorang selebriti.
Saya akan cuba kurangkan. Suka atau tidak, ini adalah asam garam perlu dilalui sebagai selebriti.
Alhamdulillah, isteri faham dan tak melatah apabila turut menjadi mangsa. Lagi pun saya tak baca komen dan dah hampir setahun tutup ruangan komen di media sosial.
Walau bagaimanapun, Hafidz akui sebagai anak dia sedih apabila ibu bapanya turut menjadi mangsa fitnah tetapi tidak berhasrat untuk mengambil tindakan.
Bagi saya, kalau orang sudah tak suka memang akan tetap tak suka, jadi tiada guna saya bersoal jawab dengan mereka.
Ini adalah lumrah kehidupan, tak semua orang suka, ia tak sedikit pun mempengaruhi saya untuk tinggalkan bidang lakonan.
Untuk rekod, Hafidz Roshdi berkahwin dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada Disember 2023. Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun disahkan bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.