berita

Hafidz Roshdi Bidas Kenyataan Shuhada? – ‘Maaf, Biarlah Benak Ubi Tapi Betul’

March 29th, 2024 | by Alia
Kini Trending

hafidz shu

Pelakon Hafidz Roshdi menjelaskan tentang ketidakhadirannya semasa prosiding kes hadanah yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuhada Kesal Hafidz Roshdi Tak Hadir, Syukur Mahkamah Luluskan Tambah Ibu Sebagai Penjaga

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafidz Roshdi Tak Hadir Perbicaraan, Nurul Shuhada Hampa Dah Gigih Naik Bas Awal Pagi

Tak perlu hadir

hafidz shu

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG), Hafidz didakwa telah membalas kenyataan bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri yang meluahkan rasa kecewa kerana pelakon itu gagal hadir ke mahkamah.

Aktor berusia 30 tahun itu kemudian menegaskan bahawa dia tidak perlu hadir ke mahkahmah kerana prosiding yang berlangsung hanyalah melibatkan keputusan untuk menambah penama bagi penjaga anak-anaknya.

Sebutan kes tak perlu hadir ya. Harap maklum.

Minta maaf ya, bulan puasa ni salah pula, tak pasal-pasal kena bodoh dan benak ubi.

Ya, betul keputusan kes, tapi ianya adalah keputusan orang yang memohon sesuatu. Contoh sekarang, anak guam mohon untuk menambah penama dalam hak jagaan, jadi dialah yang kena hadir.

Saya tak perlu hadir. Saya dah lantik peguam, kalau peguam hadir, anak guam tak hadir pun tak mencacatkan prosiding kes. Keputusan tetap boleh dibacakan sebab peguam yang dilantik hadir.

Dalam pada itu, Hafidz juga sempat menitipkan nasihat supaya setiap individu menjaga tutur kata terutama dalam bulan Ramadan.

Itu la, bulan puasa ini bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tapi kita juga digalakkan berkata yang baik-baik dan benar. Maaflah, biarlah benak ubi tapi betul.

Point yang penting: Saya tak wajib hadir dan saya sendiri nak selesaikan kes ini cepat-cepat. Selamat berpuasa.

Terdahulu, kes tuntutan hadanah membabitkan Hafidz dan Shuhada sebelum ini terpaksa ditangguh selepas pelakon berkenaan menarik semula persetujuan untuk memberikan hak penjagaan anak kepada bekas isterinya itu.

Shuhada kemudiannya memfailkan permohonan untuk menambah ibunya sebagai penjaga bagi interim dan induk hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 31 Oktober tahun lalu.

Untuk rekod, perkahwinan mereka mula dilanda badai selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.

Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari 2023.

Hafidz dan Shuhada kemudiannya disahkan bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 27 Julai 2023.

Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Hafidz kemudiannya mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita bernama Athirah Yuhada, pada 15 Disember lalu.

Sumber: IG Hafidz Roshdi

SKIP THIS AD ×