Sebutan kes hadanah kali pertama melibatkan pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle telah diadakan di Mahkamah Syariah Shah Alam, pagi tadi (Rabu).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diana Danielle Mahu Selesai Hak Penjagaan Anak Secara Baik, Isu Balik Raya Di Kedah Akan Dibincangkan
Artikel Berkaitan: 30 Mei Sebutan Semula Kes Hadanah Interim Diana Danielle, Farid Kamil
Berbaik dengan suami?
Ketika ditemui OhBulan!, Diana bersyukur kes hadanah berjalan dengan lancar. Kata aktres berumur 32 tahun, dia berharap agar mereka boleh mencapai penyelesaian yang baik.
Alhamdulillah sebutan hari ini berjalan dengan baik dan saya tidaklah mahu bercakap secara terperinci, cuma mendoakan yang terbaik. Dan diharapkan kita boleh membuat kesimpulan dan penyelesaian.
@ohbulanofficial Kes Hadanah Diana Dianelle dan Farid Kamil #ohbulan #news #fyp ? original sound – OHBULAN!
Kenyataan yang dikeluarkan pelakon filem Imaginur itu membuatkan segelintir warganet menyangka bahawa dirinya membuat keputusan untuk berbaik dengan Farid Kamil.
Namun begitu, Diana menyangkal sebarang spekulasi yang dilemparkan dan berharap agar netizen tidak membuat sebarang spekulasi terhadap hal rumah tangganya menerusi satu hantaran di Instagram Story.
Terdahulu, Diana dan Farid tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan kali pertama kes hadanah yang membabitkan hak penjagaan dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora. Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kemudiannya menetapkan 30 Mei ini bagi sebutan semula inter-parte bagi kedua-dua belah pihak.
Sumber: Instagram