Kecoh apabila bekas Juara Lawak ini dikatakan telah memalukan Luna Maya dalam salah satu ‘punchline’ lawak yang dilakukan secara langsung dalam sebuah program realiti televisyen minggu lepas.
Kesan daripada kejadian itu, Nabil telah mendapat kritikan hebat daripada peminat yang kebanyakannya mendakwa bahawa Nabil bersikap tidak sensitif terhadap isu tersebut.
Artikel Berkaitan: Nabil Kesal Dengan Sikap Peminat
Namun akhirnya, baru-baru ini Nabil yang pada mulanya berkeras mempertahankan pendiriannya itu telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah program hiburan yang diacarakan olehnya.
Nabil membuat permohonan maaf secara terbuka
“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Luna Maya dan peminat yang marah sebab minggu lepas kami ada buat lawak yang agresif sikit dan mungkin telah melukakan hati ramai orang. Jadi saya dengan rendah diri nak minta maaflah pada semua”
Mengakui kesalahannya, Nabil turut mengatakan bahawa objektif persembahannya agak tersasar dan perkara itu berlaku secara tidak sengaja. Jom kita lihat video tersebut di bawah.





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)