Suami kepada pelakon Mia Ahmad, Izham Tarmizi Roslan mengalami kecederaan di kepala ketika masa pertama perlawanan bola sepak sehingga terpaksa diusung keluar dan digantikan posisinya.
Artikel Berkaitan: Akhirnya Mia Ahmad Dedahkan Wajah Anak Yang Ketiga! – ‘Imaani Binti Mohd Izham Tarmizi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mia Ahmad ‘Korban’ Pantang, Urus Tiga Anak Serentak – ‘Apa Yang Kita Boleh Buat Hanyalah Tawakal’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mia Ahmad Syukur Suami Setia Teman Masa Bersalin Anak Ketiga, Sempat Pergi Sarapan Berdua
Ceriakan orang sakit
Menerusi hantaran Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi di Instagram (IG), dia memuat naik satu video yang dilihat sedang cuba menghiburkan suaminya, Izham.
Jom kita test.
Ceriakan orang tengah sakit. Semoga cepat sembuh.
Dalam video tersebut, Mia dilihat sedang menguji penglihatan Izham dengan berseloroh sambil menunjukkan nombor di jarinya.
Difahamkan, Izham berada dalam keadaan yang baik setelah menerima rawatan yang selanjutnya.
@mia4hmad Jom kita test ? Ceria kan orang tengah sakit… Semoga cepat sembuh ?
Semoga cepat sembuh!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat penjaga gol Sri Pahang FC yang mengalami kecederaan ketika perlawanan bola sepak itu.
Sumber: Instagram @mia.ahm4d