berita

Video: J.Lo Dikritik Dalam MV Terbaru

May 21st, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-05-21 at 01.30.51

Penyanyi dan penghibur terkenal, Jennifer Lopez baru-baru ini telah memuat naik muzik video terbarunya ke laman YouTube untuk lagu berjudul ‘Live It Up’ yang menampilakan Pitbull.

Klip video yang berdurasi 4:31 saat itu telah dimuat naik dua hari lepas dan berjaya mencapai lebih sembilan ribu tontonan setakat ini.

Selain daripada aksi tariannya yang kelihatan sangat bertenaga dan cantik pergerakannya, lagu ‘Live It Up’ itu telah mendapat beberapa kritikan hebat di kalangan peminat.

Screen Shot 2013-05-21 at 01.34.16

Screen Shot 2013-05-21 at 01.34.40

Nampaknya tak semua yang menyukai hasil lagu tersebut yang seolah-olah tiada beza dengan lagu-lagu J.Lo sebelum ini.

Kami juga dapati satu-satunya perkara yang membuatkan klip video ini kelihatan menarik adalah gaya tarian dan penampilan seksi J.Lo serta beberapa pelakon tambahan. Itu sahaja. Kami juga tak menyangka penyanyi yang berusia 40an ini mampu menari selincah dan seligat itu.

Selain daripada itu, kami juga tak rasa ianya adalah semata-mata muzik video biasa kerana terdapat lebih daripada satu produk pengguna yang ditampilkan membuatkan video itu nampak seperti iklan komersial.

Screen Shot 2013-05-21 at 01.38.36

Apa pun jom saksikan MV ‘Live It Up’ di bawah ini.

SKIP THIS AD ×