berita

[VIDEO] ‘Jangan Bagi Peluang Kedua’ – Rozita Che Wan Pesan Isteri Jangan Jadi Bodoh

March 8th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Sejak akhir-akhir ini, topik keganasan rumah tangga menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Untuk Cacat Kekal Di Muka Aku’ – Isteri Hafidz Roshdi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Enggan Cerai, Puteri Sarah Dakwa Pernah Dipukul Pada Tahun 2020

Jangan jadi bodoh

@ohbulanofficial Dengar tu, jangan bagi peluang kedua agituh #ohbulan #dyp #sembangentertainment #rozitachewan #tak #beri #peluang #kedua ? original sound – OHBULAN!

Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan yang prihatin dengan penderaan domestik dalam perkahwinan tampil menegakkan keadilan.

Ketika ditemui OhBulan!, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta meluahkan rasa simpati dengan nasib golongan wanita yang dianiaya oleh suami sendiri.

Tegas Che Ta, 50, isteri perlu berani ke depan demi membela diri bukan membiarkan diri dipijak lelaki dayus.

Perempuan jangan jadi bodoh. Walaupun lelaki beli beras, belum tentu dia akan beli lauk yang lagi mahal.

Sekali lelaki angkat tangan, perempuan harus angkat kaki tetapi bukan terajang. Keluar dari rumah, buat laporan polis dan pergi ke hospital kerana hukuman akan jatuh kepada lelaki.

Isteri kepada aktor Zain Saidin berkata demikian ketika pelancaran inai instant’ Mazaville yang diadakan di Glamhall Damansara, pada Jumaat.

Tiada peluang kedua

Dalam pada itu, pemilik nama Rozita Abu Bakar mengingatkan kaum hawa untuk tidak mudah terpedaya dengan janji manis lelaki untuk berubah.

Kalau dia pujuk minta maaf dan tidak akan buat lagi, tidak! Awak kahwin dengan orang yang sama dan tidak akan berubah.

Sedangkan kita pun tidak berubah, jangan harap dia pun akan berubah. Jangan bagi peluang kedua kepadanya kerana dia masih orang yang sama tidak akan berubah.

SKIP THIS AD ×