berita

[VIDEO] Syamsul Enggan Cerai, Puteri Sarah Dakwa Pernah Dipukul Pada Tahun 2020

March 7th, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Hasrat pelakon Puteri Sarah Liyana untuk menamatkan pergolakan rumah tangga dengan Syamsul Yusof gagal apabila pengarah sensasi itu tidak mahu menceraikan isteri pertamanya.

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Mesra Tegur Media, Puteri Sarah Reda & Happy

Ibu mentua selamatkan saya

Puteri Sarah tidak berpuas hati sebaik Syamsul menolak permohonan cerai yang difailnya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini (Selasa). Puteri Sarah ketika ditemui mendedahkan Syamsul pernah memukul dirinya pada tahun 2020.

Bagaimanapun, aktres berumur 38 tahun, tidak membuat sebarang laporan polis selepas kejadian tersebut kerana ketika itu masih lagi wujud rasa sayang terhadap Syamsul.

Saya tak mahu buka cerita mengenai kejadian itu. Akan tetapi Syamsul tidak mahu melepaskan saya.

Masa itu tak buat sebab sayang… bila orang kata saya buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Sebab saya tak mahu buka aib, malah tiada siapa yang tahu mengenak perkara itu.

Yang selamatkan saya ketika itu ialah ibu mentua saya. Dia yang keluarkan saya daripada rumah pada tiga tahun lalu. Malah Syamsul pun tahu kenapa (keluar rumah).

Puteri Sarah ditemui ketika menghadiri sebutan pertama kes perceraian yang difailkan terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur pada Selasa.

Syamsul tuduh nusyuz

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata insiden dipukul itu merupakan salah satu fakta anak guamnya keluar dari rumah.

Itu (dipukul) antara fakta mengapa Sarah membuat keputusan keluar rumah. Kami kemukakan fakta ini selepas Syamsul menuduh anak guam saya bertindak keluar dari rumah (nusyuz).

Jadi pihak kami perlu memberikan penerangan kepada mahkamah apa yang sebenarnya berlaku. Selepas kejadian itu beliau (Sarah) kembali semula ke rumah atas sebab jasa baik pihak keluarga mentua.

Jadi, Syamsul memberi andaian dan gambaran bahawa anak guam saya yang keluar ke rumah tanpa izin. Itu tidak betul sebab anak guam saya ada asas.

Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Pada prosiding itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak. Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

@ohbulanofficial Let it go! Let it go bak lagu Frozen #ohbulan #fyp #viral #sembangentertainment #puterisarahliyana #minta #dilepaskan #let #me #go ? original sound – OHBULAN!

Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.

Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.

Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah.

SKIP THIS AD ×