berita

[VIDEO] ‘Janganlah Kerana Saya Tegur Benda Salah, Nak Cari Balik Salah Saya’ – Erma Fatima

February 13th, 2024 | by Alia
Kini Trending

erma pelakon

Pelakon dan penerbit, Erma Fatima mengulas kenyataannya selepas meluahkan rasa kecewa terhadap pihak editor media tempatan yang menggunakan istilah ‘pelakon’ pada tajuk berita.

Ia susulan isu seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ dan dua teman wanita didakwa membuat pengiklanan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.

Artikel Berkaitan: Erma Fatima Kesal Dengan Tajuk Berita Tempatan – ‘Janganlah Guna Tittle Pelakon, Kesian Industri Kami’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Nak Jadi Syaitan Bertopengkan Manusia’ – Erma Fatima

Penjelasan Erma

erma pelakon 7

Menerusi temu bual Melodi, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali menjelaskan bahawa tajuk tersebut tidak sesuai untuk digunakan kerana pembaca mungkin akan tersalah erti istilah ‘pelakon’.

Yang menyebabkan saya teruja untuk membuat kenyataan adalah apabila tajuk tersebut ditulis ‘pelakon’, mungkin yang dimaksudkan mereka adalah aksi-aksi individu yang berada di dalam video tersebut.

Saya rasa tak boleh lah panggil mereka ‘pelakon’, orang boleh salah tafsir. Kalau saya pun salah tafsir apatah lagi masyarakat di Malaysia, itu yang tak best.

Bagaimanapun, Erma tetap memohon maaf jika kelantangan suaranya tempoh hari telah menyakiti mana-mana pihak.

Saya minta maaf seandainya kata-kata itu mengguris hati mereka yang terlibat. Tetapi saya tetap dengan kenyataan saya yang menyatakan tidak sepatutnya title tersebut diberikan kepada mereka.

Dalam masa yang sama, warganet dilihat mengungkit kembali kontroversi adegan tidak sesonoh drama terbitan Erma yang berjudul Perempuan Itu.

Tidak cepat melatah, Erma berkata dia menerima dengan hati yang terbuka segala teguran dan kecaman.

Takkan tak boleh nak tegur kalau benda salah. Janganlah kerana saya tegur benda salah, nak cari balik salah saya.

Bukanlah aksi tersebut tak salah, tapi takkanlah benda yang tak betul kita nak reda je? Apatah lagi ianya melibatkan industri saya.

Bila drama tersebut ditegur, kami tak melenting pun. Apa yang ditegur itu kami anggap betul dan memang selayaknya ditegur. Malahan saya juga tidak bersetuju dengan aksi itu.

Sementara itu, meskipun tidak menyebut nama, pengarah berusia 54 tahun ini menegaskan bahawa dia tidak pernah bermusuhan dengan teraju utama drama tersebut iaitu Zul Ariffin.

Dia juga tidak menyimpan dendam malah terbuka seandainya berpeluang untuk bekerjasama bersama aktor tersebut sekali lagi.

Sekadar info, Zul sebelum ini didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di media sosial.

@melodiberapi

Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima menggesa semua pihak untuk tidak menggelarkan mereka yang terlibat dengan aktiviti pensundalan dan penghasilan video seks sebagai pelakon.. dengarkan! #meloditv3 #ermafatima #komenpelakonlucah

? original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Sumber: TikTok Melodi

SKIP THIS AD ×