berita

[VIDEO] ‘Janganlah Dekat Dengan Suami Orang, Ramai Lagi Lelaki Bujang’ – Ika Nabella

March 13th, 2024 | by Alia
Kini Trending

ika nabella

Pelakon, Ika Nabella meluahkan pendapatnya berhubung isu perempas yang menjadi tumpuan utama di media sosial ketika ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sekarang Ramai Penyondol, Takut’ – Bella Astillah

Artikel Berkaitan: Ika Nabella Selar Individu Tak Puas Hati Ibu Bapa Bawa Stroller Dalam Lif – ‘Jangan Meludah Ke Langit Adik’

Perkembangan terkini

ika nabella

Menerusi temu bual Nona, Ika atau nama sebenarnya Nabila Abdul Rahim berkongsi tentang kerjayanya dan dia kini sudah pun bergelar usahawan.

Saya sekarang tengah melebarkan sayap jenama saya di Singapura dan juga Brunei jadi sekarang memang sibuk.

Ketika ditanya tentang istiqamah dalam berhijab, Ika berkata dia banyak menghadiri ke majlis-majlis ilmu dan meluangkan masa bersama rakan-rakan yang membantu meningkatkan lagi pengetahuan agama.

Saya berhijab tak sampai empat tahun lagi..saya berhijab selepas saya melahirkan.

Keep your circle tu. Kalau awak ada kawan yang berseronok, awak kena ada juga kawan yang mengajak ke arah kebaikkan.

Saya ada ramai kawan-kawan yang sangat baik, mengajak ke kelas. Antaranya Salima, Betty..seronok sangat. Cuma nak bahagikan masa..tapi kawan saya kata, kita jangan nak tunggu waktu senang baru nak pergi. Kita sendiri kena ada masa untuk hadir ke kelas-kelas ilmu.

Nasihat untuk wanita

ika nabella

Sementara itu, pelakon berusia 34 tahun tersebut sempat menitipkan nasihat buat kaum hawa agar tidak menjadi orang ketiga dalam mana-mana perhubungan suami isteri.

Saya pernah dengar orang cakap, suami kita ni kita sayang macam mana pun bukan kita punya. Kalau tak Allah ambil, orang ambil.

Tapi setiap kali ada isu, saya akan berbincang dengan suami saya untuk memperbaiki diri dan memperbaiki hubungan itu, insyaAllah.

Buat macam mana baik pun, kalau Allah kata kun faya kun..benda itu terjadi juga. Tapi tak jadi pada saya dan saya doalah tak ada benda-benda macam ni.

Janganlah dekat dengan suami orang, ramai lagi orang yang bujang.

Video

@nona.my

Lama rasanya tak dengar khabar terbaru Ika Nabella dalam bidang seni lakonan, rupanya aktif dan ligat meniaga sambil membesarkan keluarga, apatah lagi selepas berhijab, penampilan ibu kepada seorang cahaya mata ini cukup manis dan anggun. Jom dengarkan temubual kami bersama Ika Nabella. #majalahnona #ikanabella

? original sound – NONA – NONA

Sumber: Nona.my

SKIP THIS AD ×