Teka-teki tarikh perkahwinan pasangan selebriti, Dini Schatzmann dan Janna Nick akhirnya terjawab apabila sudah sah menjadi suami isteri, pada pagi Sabtu.
Artikel Berkaitan: Janna Nick & Dini Schatzmann Sah Suami Isteri, RM2,703 Jadi Simbolik Tarikh Perkenalan
Langkah terbesar
Berkongsi perasaan, Janna akui berasa gementar dan risau untuk melangkah ke alam perkahwinan namun bersyukur majlis pernikahan itu berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Kata aktres berumur 28 tahun ini, dia memang mengimpikan sebuah majlis yang ‘intimate’ dan privasi untuk diraikan bersama keluarga dan rakan terdekat.
Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan insya-Allah, seorang ibu.
Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah. Meraikan fasa baharu saya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan.
Sedia dapat anak
Dalam pada itu, pemilik nama Nurul Jannah Muner berkata dia dan Dini bersedia untuk menimang cahaya mata sekiranya Allah SWT memberi rezeki.
Kita serahkan kepada Allah. Jika rezekinya awal, Alhamdulillah. Kami terbuka dan bersedia.
Sekiranya ada rezeki, mungkin saya akan mula memperlahankan kerjaya seni dan fokus kepada perancangan keluarga.
@ohbulanofficial Tak sangka! Tahniah buat Janna Nick dan Dini ??#ohbulan #SembangEntertainment #jannanick #dinischatzmann #nikah #suami #isteri #sah ? original sound – OHBULAN!
Terdahulu, Janna Nick sah menjadi isteri kepada Dini Schatzmann dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Aisyah yang terletak di Pulau Langkawi, kira-kira pukul 8.35 pagi, Sabtu.
Dengan sekali lafaz, Dini menyerahkan mas kahwin RM2,703 yang menjadi simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019 dan juga seutas rantai emas.
Selain keluarga kedua belah pihak, antara rakan artis yang hadir ke majlis tersebut adalah Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Mawar Rashid, Dayah Bakar dan ramai lagi.
Pasangan tersebut seterusnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.
Terdahulu, Janna menimbulkan spekulasi hubungan dengan Dini sudah berakhir apabila memuat naik perkongsian video memaparkan statusnya kini ‘single’ melalui hantaran di TikTok lalu ‘membawa diri’ ke Eropah.
Manakala, Dini memberitahu dia bakal mengumumkan status hubungan dengan Janna pada waktu yang sesuai.
Sekadar info, Dini dan Janna berkenalan ketika membintangi drama Bukan Cinta Aku dan serius menjalin hubungan cinta sejak 2019.