![[VIDEO] ‘Jemaah Malaysia Dipuji Petugas Arab Saudi Hampir Setiap Tahun’ – Pembimbing Ibadat Haji](https://asset.ohbulan.com/2025/12/jemaah-malaysia.jpg)
Pembimbing ibadat haji, Ustaz Haji Azamuddin Fikri Abas, berkongsi beberapa faktor yang menyebabkan jemaah Malaysia dipuji oleh kerajaan Arab Saudi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Belanja RM250k Bawa 23 Pemenang Tunai Umrah, Warganet Puji Usaha Murni Bulan Bintang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rasa Takut & Belum Bersedia Pergi Umrah, Qawiy Nasihat Banyakkan Baca Sirah
Jemaah Malaysia dipuji
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Azamuddin memaklumkan bahawa sistem Tabung Haji banyak membantu melancarkan perjalanan jemaah Malaysia.
Jemaah haji Malaysia antara yang paling disiplin di tanah suci.
Bukan saya yang sebut, petugas Saudi sendiri yang puji.
Kenapa boleh jadi macam itu? Disebabkan sistem tabung haji yang teratur.
Dalam pada itu, Ustaz Azamuddin menyatakan tiga faktor utama yang menyebabkan jemaah Malaysia sentiasa menerima pujian sebagai kumpulan yang berdisiplin semasa berada di tanah suci.
Nombor satu, kursus haji Malaysia antara yang paling lengkap dalam dunia. Jemaah bukan setakat diajar cara buat haji, tetapi langkah demi langkap apa nak kena buat bila sampai di Mekah dan Madinah.
Sampailah adab dan etika pun dimasukkan di dalam silibus kursus haji.
Kedua, disiplin masa. Tabung haji latih jemaah kita. Semuanya dah disusun sebelum jemaah berangkat lagi.
Nombor tiga, bimbingan mutawif Malaysia.
Mutawif kita bukan setakat bimbing bab ibadah saja, tetapi menjaga kumpulan, kebajikan dan pastikan semua dalam keadaan selamat.
Sebab itu hampir setiap tahun, kerajaan Arab Saudi ataupun petugas sana selalu sebut Malaysia sangat teratur dan berdisiplin.
Sumber: TikTok @umrahandalusiabangi








![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)