Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen membidas kenyataan netizen yang mendakwa dirinya mula melupakan arwah suami semenjak menjalinkan hubungan bersama kekasih baru.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jennifer Coppen Muat Naik Video Ulang Tahun Kamari, Netizen Persoal – ‘Kenapa Tidak Letak Momen Anak Bersama Arwah Suami?’

Artikel Berkaitan: Jennifer Coppen Dikecam Sambut ‘Birthday’ Dengan Kekasih Baharu, Peminat ‘Backup’ – ‘Dia Berhak Bahagia’

Sentiasa di hati

@jennifer.coppen

Replying to @kessyashop gaada hati yang dijaga.. tidak ada yang dilupakan.. orang yang bersamaku sekarang sangat mengerti keadaanku .. yang akan selalu mengingat dan berduka .. hanya karna tidak diposting di video bukan berarti aku lupa .. kenapa pemikiran kalian selalu buruk tentang aku? papa dali selalu ada dihati kita sampai kapanpun .. dan kita akan selalu mengenangnya. Please hari ini ulang tahun kamari.. let today be all about her .. not me not anyone else if you hate us leave us alone and block me, if i don’t bother you why should you ?? Maafin aku.

♬ suara asli – Virgorge0us – virgo

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Jennifer dilihat meletakkan sepotong kek ulang tahun kelahiran anaknya di sebuah meja yang penuh dengan foto bersama arwah suamianya, Dali Wassink.

Ujar Jennifer, dia tidak pernah sekali pun melupakan arwah suaminya malah akan sentiasa ada di hati.

Tambahnya lagi, kekasih baru yang merupakan pemain bola sepak Indonesia iaitu Justin Hubner sangat memahami keadaan dirinya yang masih tidak boleh melupakan arwah Dali.

Tiada hati yang dijaga. Tiada ada yang dilupakan. Orang yang bersamaku sekarang sangat mengerti keadaanku.

Hanya kerana tidak dimuat naik bukan maksud saya lupa.

Kenapa selalu fikir buruk tentang saya? Papa Dali selalu ada dihati sampai bila-bila.

Dalam pada itu, Jennifer memohon agar tidak merosakkan hari istimewa anaknya, Kamari Sky Wassink yang menyambut ulang tahun kelahiran kedua.

Biarkan hari ini menjadi segalanya tentang Kamari.

Sekadar info, Jennifer dan Dali mendirikan rumah tangga pada Oktober 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak kekal selepas Dali meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Julai 2024.

Sumber: TikTok @Mamanyakamari