Semenjak sudah berumah tangga, Jep kerap kali dilihat berhati-hati dalam membawa watak apabila digandingkan dengan artis jemputan wanita. Hal itu mencuri perhatian umum dek kerana caranya yang menghormati perasaan si isteri.
Baru-baru ini, Jep sempat berkongsi detik pengenalan bersama suri hatinya, Sari Yanti yang sekali lagi mencuri perhatian warganet dengan sikapnya yang dianggap ‘gentleman‘.
Artikel Berkaitan: Seronok Main Pickupline Dengan Erra Fazira, Jep Sepahtu ‘Menangis’ Sari Yanti Suap Bubur Cili
Artikel Berkaitan: Dipuji Pandai Jaga Batas Pergaulan, Jep Sepahtu Ibarat Satu Dalam Sejuta – ‘Bukan Takut Tapi Hormat Perasaan Bini’
Artikel Berkaitan: Sari Yanti Dapat Jam Mewah Sempena ‘Anniversary’, Netizen Semak Harga Anggar Bernilai Ratusan Ribu? – ‘Rezeki Dapat Suami Baik’
Minta izin jaga Sari Yanti
Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok, Jep menyatakan dia hanya menghubungi pelakon wanita tersebut menerusi mesej sebelum dirinya berjumpa kedua ibu bapa Sari Yanti untuk langkah seterusnya.
Lepas mesej, pastu ada keluar bersama. Kita cakap yang kita tak main-main.
Jika memang okay, saya memang nak jumpa ayah dia.
Pelawak berkenaan tenang menjawab segala persoalan daripada rakan sekerjanya yang turut berada di konti ketika itu.
Malah, Jep sempat berseloroh untuk ‘sound’ ayah kepada Sari Yanti dan membuatkan keadaan ketika itu meriah dengan gelak tawa.
Walau bagaimanapun, Jep segera memperbetulkan maksudnya dengan gurauan yang disampaikan. Menurutnya, dia ingin menyuarakan isi hatinya untuk mengambil alih tanggungjawab ayahnya dalam menjaga Sari Yanti.
@sinar_my Jep cerita awal-awal perkenalan dengan Sari Yanti. Terkejut dengar Jep “sound” ayah mentua dia ?? #xyzbca #fyp? #pagidisinar
Gentleman la
Untuk rekod, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin mendirikan rumah tangga bersama Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber: TikTok @sinar_my