Pelawak dan bekas penyampai radio, Jep Sepahtu tampil memberikan penjelasan tentang hubungannya bersama rakan-rakan seperjuangan iaitu Shuib dan Mamat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ucapan Jep Sepahtu Untuk Rakan Sekerja Bikin Netizen Terharu – ‘Di Hari Terakhir Dapat Dengar Nama Shuib’

Artikel Berkaitan: ‘Tetaplah Menjadi Yang Baik Walaupun Nama Kita Buruk Dalam Cerita Orang Lain’ – Jep Sepahtu

Tak bergaduh

Menerusi perkongsian ketika sesi siaran langsung di TikTok, Jep atau nama lengkapnya Mohd Nadzri Zainal Abidin menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan mereka.

Saya tak ada masalah apa pun, cuma untuk saya..saya tak bergaduh. Saya tak ada bermasam muka.

Cuma tak ada urusan kerja, jadi bila tak berurusan, tidaklah bermakna kami (hubungan) tidak baik.

Saya pun tak pernah cakap benda-benda yang menyakitkan hati.

Menurut Jep, jika berkesempatan untuk bertemu dengan Shuib dan Mamat, dia malah bersedia untuk meluangkan masa bersama kerana baginya tiada sebab untuk mewujudkan konflik di antara mereka.

Saya tak bergaduh dengan sesiapa..tak bergaduh dengan Shuib ataupun Mamat.

Kalau saya jumpa mereka boleh sahaja nak bertegur, duduk dan minum sekali. Tak ada masalah.

Buat apa nak bergaduh? Tak pernah terlintas dan tak ada faedah nak bergaduh. Saya lebih suka kepada kedamaian dan ketenangan.

Ada hak

Mengulas lanjut, Jep berkata, kenyataan yang diberikan sebelum ini bukan bertujaan untuk mencetuskan perbalahan, sebaliknya hanya sekadar mahu memberi penjelasan dari pihaknya.

Apa yang saya katakan sebelum ini cuma pembetulan, untuk apa yang saya rasa tidak betul. Saya pun ada hak untuk bercerita dari pihak saya, itu sahaja.

Saya tak buat kenyataan untuk mengeruhkan atau memalukan. Tapi kalau saya dengar cerita yang tidak betul saya akan beritahu.

Adakah apabila saya kata ia tidak betul itu bermakna kami bergaduh? Umur dah 41..saya mana ada buat kenyataan atau buat provokasi cuma buat satu kenyataan untuk membetulkan cerita, itu sahaja.

Walau bagaimanapun, Jep tetap memohon maaf andai ada kekhilafan dari dirinya sendiri.

Tapi jika saya ada buat salah, saya minta maaf. Tak malu dan tak hina pun kalau kita dahulu yang meminta maaf.

Sumber: TikTok