berita

[VIDEO] Jep Sepahtu Pandu ‘Bentley’ Ke Tempat Kerja, Netizen Berteka Teki Harga Nombor Plat – ‘Baru Berbaloi Beli Mahal’

May 18th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Kereta mewah Jep Sepahtu, sekali lagi menjadi perhatian wargamaya selepas satu video memaparkan dirinya memandu kereta tersebut tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Tahniah Kerana Berani ‘Post’ Perkara Benar’ – Netizen Puji Jep Sepahtu Kongsi Hukum Sambut Hari Ibu

Guna untuk kegunaan harian

Menerusi satu video dimuat naik rakan artis yang juga penyampai radio, Angah Raja Lawak memaparkan suami kepada Sari Yanti itu yang memandu kereta jenis Bentley GT berwarna hitam.

Dapat dilihat Jep sedang memandu keluar kenderaan mewah itu dari kawasan parkir tempat kerja untuk pulang ke rumah.

@semuabendanakviral Kereta jep sepahtu. Kaya #bently #jepsepahtu #fyp? @Jeptapan ? original sound – berita terkini

Lebih mengagumkan ialah, difahamkan Jep menggunakan kenderaan mewah itu untuk kegunaan hariannya pergi ke tempat kerja.

Artis yang tidak menunjuk

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pelawak berusia 38 tahun itu yang sama sekali tidak pernah memaparkan kenderaan mewah tersebut di media sosial.

Bukan itu sahaja, terdapat juga segelintir warganet yang ‘pening’ memikir harga nombor plat kereta Jep yang hanya menggunakan dua digit nombor sahaja.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×