![[VIDEO] Jojo Ghazali Hadiahkan Bapa Rolex, Tanda Hargai Jasa](https://asset.ohbulan.com/2025/06/jojo-rolex.jpg)
Jaguh Muay Thai negara, Jojo Ghazali menghadiahkan bapanya jam tangan jenama Rolex sebagai tanda menghargai jasanya kerana sentiasa berdiri teguh memberi sokongan kepadanya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Malu Dengan Pemikiran Sampah Orang Saya Sendiri’
Artikel Berkaitan: Jojo Ghazali Mengaku Dah Lama Jalin Cinta Dengan Kekasih – ‘Kalau Ada Yang Patah Hati, Saya Tak Boleh Buat Apa’
Rolex untuk ayah

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Muhammad Johan Ghazali bin Zulfikar, 19, memuat naik video memaparkan reaksi bapanya ketika menerima jam tangan berjenama itu.
Kata Jojo, pemberian itu merupakan tanda penghargaan kecil buat bapanya.
Perasaan yang paling seronok adalah memberi semula kepada mereka yang setia bersama saya dari hari pertama.
Mungkin reaksinya tidak keterlaluan seperti ibu tetapi saya tahu ayah menyukai pemberian itu.
Alhamdullilah, momen seperti ini menjadikan segala penat lelah berbaloi. Tanda penghargaan kecil untuk ayah.
Menjengah ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa bangga terhadap Jojo kerana menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh bapanya.
Warganet turut mendoakan agar Jojo dimurahkan rezeki kerana menggembirakan orang tuanya.
Komen netizen


Sumber: Instagram





![[VIDEO] ‘Saya Harap Kebenaran Akan Berpihak Kepada Kami’ – Caprice](https://asset.ohbulan.com/2026/08/caprice-3.jpg)


