Berjauhan dengan suami ketika sedang sarat mengandung dan saat melahirkan cahaya mata adalah satu perkara yang sangat sukar dilalui oleh seorang isteri. Begitulah yang dilalui oleh pengacara terkenal, Dayah Bakar apabila terpaksa berjauhan dengan suaminya yang bertugas di Australia.
Bakal disatukan dengan suami
View this post on Instagram
Berdasarkan video yang dikongsikan di Instagram Dayahlova memaparkan Dayah Bakar berada di lapangan terbang dan ‘berangkat’ ke Australia untuk bertemu dengan suaminya, Kapten Hanif Hamidi yang sedang menjalankan tanggungjawab di perantauan. Difahamkan, Dayah bersama anak lelakinya, Achbar Muhammad Fahri dikatakan akan menetap bersama Hanif di negara berkenaan.
Berangkat ke Australia
View this post on Instagram
Malah, sebelum ini, Hanif juga tidak dapat pulang ke tanah air Malaysia semasa di awal kehamilan Dayah sehinggalah anaknya itu dilahirkan.
‘Journey to baba’
Journey to Baba. Syukur alhamdulillah Ibu and Achbar Muhammad Fahri survived our first flight. One step closer to see Baba as we have arrived in the land Down Under. Kuarantin sudah bermula, dan doakan semuanya baik dan lancar ya. Thank you for your concern and doa.
Menerusi akaun Instagram Dayah Bakar, dia meluahkan rasa syukur akhirnya mereka bakal bersatu dengan Hanif tidak lama lagi. Dan ini merupakan kali pertama Hanif bertemu dengan anak lelakinya itu. Tambah Dayah lagi, mereka juga kini sedang menjalankan kuarantin diri.
Alhamdulillah
Sumber: Dayah Bakar