berita

Dayah Bakar Titip Ucapan Istimewa Buat Suami Sempena Hari Tentera Darat – ‘Kamu Telah Menjadi Contoh Yang Terbaik…’

March 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Bersempena Hari Tentera Darat ke-89 penyanyi serta pengacara cantik, Dayah Bakar turut tidak ketinggalan menitipkan ucapan istimewa buat suaminya, Kapten Muhammad Hanif.

Artikel Berkaitan: Hantar Anak Usia 2 Tahun Masuk ‘Playschool’, Dayah Bakar Minta Ibu Bapa Kongsi Pengalaman – ‘Hati Sungguh Rapuh Waktu Hantar Dia’

Artikel Berkaitan: Setahun Menetap Di Australia, Dayah Bakar Kembali Ke Tanah Air Bersama Kapten & Fahri – ‘Sudah Tiba Masanya Untuk Kembali Aktif Menjadi Hos’

Titip ucapan buat suami tersayang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar)

Menerusi kapsyen dikongsi di laman Instagram, Dayah menjelaskan suaminya telah menjadi contoh yang terbaik buat dirinya dan anak lelaki mereka, Achbar Muhammad Fahri.

Selamat Hari Tentera Darat ke-89 buat satriaku.

Dedikasi , displin dan sifat tanggungjawab yang tinggi telah membentuk dirimu menjadi sosok yang dihormati, dan doaku semoga dirimu terus dilindungi di dalam setiap jejak langkahmu .

Pemilik nama Nur Hidayah Abu Bakar pada masa yang sama turut menitipkan penghargaan buat isteri dan keluarga wira negara yang sering menjadi tulung belakang kepada mereka.

Tidak dilupakan juga penghargaan buat isteri dan keluarga yang sentiasa berkorban waktu, tenaga , jarak dan air mata dalam menjadi pendukung luar biasa buat sang prajurit negara.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2018 dan dikurniakan cahaya mata, Achbar Muhammad Fahri berusia dua tahun.

Sumber: Dayah Bakar

SKIP THIS AD ×