berita

[VIDEO] Judika ‘Guide’ Peserta Indonesia Idol Lagu Speechless Memang Terbaik!

December 8th, 2019 | by Amat
Video Popular

Penyanyi dari Indonesia iaitu Judika antara penyanyi lelaki yang mempunyai vokal nyanyian mantap dalam setiap persembahannya. Sikap dan cara semasa Judika menjadi juri di mana-mana program realiti juga sering mendapat pujian ramai.

Seperti pengendalian penyanyi Aku Yang Tersakiti ini di pentas Indonesia Idol sememangnya dipuji netizen kerana tidak kedekut ilmu sepanjang menjadi juri. Sempat lagi dia mengajar peserta ini. Memang power!

Memang epik!

https://www.youtube.com/watch?v=g0yAgGPhiHo

Nyanyi lagu Speechless yang didendangkan peserta Novia di pentas Indonesia Idol ini telah dijurikan oleh 5 orang termasuk Judika, Bunga Citra Lestari, Arri Lasso, Maia Estianty dan Anang Hermansyah. Persembahan Novia ini telah mendapat lebih 4.2juta tontonan di Youtube dan kelima juri memberikan tepukan gemuruh.

Bunga Citra Lestari menyifatkan persembahan dari Novia ini sangat baik dan epik.

Aku senang lihat persembahan kamu. Kelihatan sangat tenang. Kamu kelihatan seperti you on your stage. You deserve to be there. Congratulation!

Lebih menarik lagi apabila Judika turut memberi tips dan mengajar teknik nyanyian kepada peserta wanita ini untuk persembahan dan vokal untuk lebih baik.

Suara kamu unik juga di Indonesia Idol. Suara kamu ada sedikit cowok (kelelakian) di dalam.

Masa kritik pun boleh mengajar

Komen juri sangat positif

Sumber: Indonesia Idol, Mina Azaini

SKIP THIS AD ×